“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan Saya” -Rihanna - Glam Malaysia
Rihanna

“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan Saya” -Rihanna

Penyanyi popular, Rihanna, semalam tampil di sidang media bersama Apple Music, akhirnya bercerita tentang Super Bowl!

Bakal berlangsung 12 Februari ini, Super Bowl Half Time akan berlangsung dengan penuh meriah dan kami yakin akan ada kejutan yang tidak disangka-sangkakan. Rihanna pula setelah sekian lama tidak membuat persembahan semenjak konsert jelajahnya tahun 2016. 

Saya rasakan seperti semuanya berlaku dalam satu masa. Motherhood, Oscars, Super Bowl, saya masih lagi mencubit diri saya dan bertanya adakah ini benar.

Rihanna turut bercerita momen ketika dia menerima panggilan daripada pihak Super Bowl, “Apabila saya mendapat panggilan pertama daripada mereka untuk melakukan konsert ini sekali lagi, saya seperti, ‘Adakah and pasti?’”. Tambah Rihanna, “Saya sekarang dalam bulan ketiga menjalani pantang, saya tidak tahu sama ada patut atau tidak saya membuat keputusan dalam waktu ini.” Namun dia juga tidak terlepas dari mengucap kata kesyukuran di atas peluang yang diberikan kepadanya.

See also
Segalanya Tentang Album Baru Taylor Swift, The Tortured Poets Department

Dia pernah berfikir yang mungkin keputusan yang dibuatnya akan memberi kekesalan pada dirinya suatu hari nanti. Namun sifat keibuan mengatasi segalanya. Apabila sudah menjadi ibu, Rihanna seolah berani untuk mencuba segalanya. “Bila anda menjadi seorang ibu, ada sesuatu yang terjadi dalam diri anda di mana anda akan merasa seperti anda mampu menakhluk dunia, anda boleh melakukan apa sahaja. Dan Super Bowl ini adalah antara pentas terbesar dunia. Saya sangat takut kerana sudah tujuh tahun saya tidak beraksi di pentas. Namun saya tahu, ianya sangat penting untuk saya menerima jemputan ini. It’s important for representation, dan Ianya sangat penting untuk anak lelaki saya melihatnya.”

Rihanna Super Bowl

Rihanna turut berkongsi kepayahan yang dilaluinya dalam menentukan set list terbaik untuk persembahan Super Bowl nanti. 

Hendak mencari jalan bagaimana hendak melakukan segala-galanya dalam masa 13 minit, dan dalam pada masa yang sama, mahukan persembahan yang meriah… itu apa yang boleh saya katakan tentang persembahan ini. It’s going to be a celebration of my catalog in the best way that we could have put it together. Dan saya hanya ada 13 minit, ini adalah satu cabaran… Bayangkan, saya cuba memasukkan hasil kerja 17 tahun saya kedalam tempoh 13 minit ini, jadi ianya sangat susah. Namun, anda juga tahu, ada sesetengah lagu harus saya pilih untuk tidak dinyanyikan, dan sudah tentunya ianya baik-baik sahaja untuk saya. Saya rasa kami sudah buat keputusan yang baik dalam memilih lagu-lagu ini.

Selit Rihanna lagi, di dalam persembahannya nanti, dia akan memberi penghormatan lebih buat Barbados, tempat lahir dan tanah tumpah darahnya. Oleh sebab itu, kata Rihanna Ianya akan menjadi meriah kerana ia adalah lebih kepada persembahan yang bersifat keraian. Tidak sabar untuk melihat bagaimana Rihanna di Super Bowl half time nanti, kami yakin ianya tidak menghampakan!

See also
Transformasi Gaya Rambut Selebriti Sepanjang 2020

Pautan Berkaitan: Ini 3 Koleksi Jam Tangan Unik Milik Rihanna