Night Of Fright 7 Kembali Menghantui Dengan Tarikan Baru - Glam Malaysia

Night Of Fright 7 Kembali Menghantui Dengan Tarikan Baru

Kembali untuk tahun ketujuhnya, Sunway Lagoon Night of Fright sudah bersedia untuk menghantui malam pengunjungnya. Bermula daripada 4 Oktober sehingga 3 November, Night of Fright 7 (NOF 7) akan menampilkan 8 rumah hantu, 1 teater hantu, 2 scared zones , 11 thrilling rides dan 2 stage shows.

Dikenali sebagai  festival terbesar dan menakutkan di Malaysia, acara ini akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis hantu dan makhluk menakutkan termasuk jerung. NOF 7 bermula pada 7.30 malam sehingga 11.30 malam dan hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad.

Harga tiket adalah RM 79 (kadar yang diterbitkan) termasuk dengan cenderahati Bag Darah atau Tanduk Syaitan. Jika tidak, terdapat pilihan lain dengan Pakej Combo pada harga RM158 yang termasuk tiket masuk NOF 7, pas ekspres dan pilihan cenderahati sama ada Beg Darah atau Tanduk Syaitan.

Pengunjung juga boleh menikmati tawaran Combo Rate eksklusif sebanyak RM 138 seorang. Ini termasuk tiket masuk NOF 7 dan pas ekspres (hanya untuk pengunjung yang membeli tiket di kaunter). Untuk maklumat lanjut, hubungi 603 5639 0000 atau layari lawan sesawang Sunway Lagoon atau Facebook Sunway Lagoon.

See also
Suitcase Diaries: Zaireen Azman di New York

Berpeluang untuk merasai sendiri ketakutan NOF 7, GLAM kongsikan rumah hantu yang patut dikunjungi!

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

ANIMALIUM

Ini adalah mimpi ngeri yang tidak boleh dibayangkan! Bayangkan haiwan comel seperti arnab menjadi haiwan “zombi” pelik yang hidup seperti manusia di dalam sebuah gunung di dalam lagun tersebut.