Model berusia 18 tahun ini telah mencapai pelbagai milestone sepanjang kerjayanya. Model untuk Victoria’s Secret, tampil dalam pelbagai editorial untuk majalah-majalah seperti Glamour, Teen Vogue, i-D, Vogue, Harper’s Bazaar dan banyak lagi. Untuk musim A/W baru-baru ini Alanna telah berjalan di atas pentas peragaan untuk 20 jenama besar seperti Off-White, Stella McCartney, dan Chanel. Dia turut menjadi muka terbaru kempen S/S 17 Stella McCartney. (@alannaarrington)