Use your ← → (arrow) keys to browse
Nama-nama seperti Gigi Hadid, Kendall Jenner, dan Bella Hadid sudah menjadi sangat lazim dengan frasa “Insta Girls” yang diberi konotasi positif dan juga negatif.
But you can’t deny kejayaan yang mereka telah kecapi pada usia yang muda ini betul?
Supermodel veteran Naomi Campbell sendiri pernah menyatakan bahawa dia sendiri mengenali model-model muda ini dan dia juga merasakan mereka sangat sopan dan menghormati orang lain.
“Jika saya boleh membantu mereka, ia adalah sesuatu saya akan lakukan. Saya pernah membantu beberapa orang model baru ini dengan cara mereka berjalan,” terang Campbell lagi.
Bulan fesyen untuk A/W 17-18 baru sahaja berakhir dan muka-muka baru mula menampakkan kehebatan mereka di atas pentas peragaan juga tampak sama hebat dengan Hadid dan Jenner.
Yoon Young Bae, Sora Choi, dan Sohyun Jung. Foto: Melodie Jeng