Mengemas Bagasi Ala Jetsetter - Glam Malaysia

Mengemas Bagasi Ala Jetsetter

GLAM selongkar tip mengemas bagasi sebelum melancong dari empat selebriti untuk membantu anda!

cynthia rowley
CYNTHIA ROWLEY

Checklist amat penting sebelum mengembara. Saya tidak akan lupa bawa workout gear, kasut sukan dan baju mandi kerana saya sentiasa bersenam. Buku sketch amat berguna untuk melakar idea sewaktu bosan menunggu di lapangan terbang, sepasang party pants juga penting sebab kita tidak tahu bila parti seterusnya akan berlaku!”

rachel roy
RACHEL ROY

“Kesemua baju, saya kemas secara bergulung di dalam bagasi agar  kurang berkedut. Tip ini juga boleh memaksimumkan ruang bagasi dengan lebih banyak pakaian. Kalau pergi melancong, saya juga sentiasa memakai skarf. Jika cuacanya sejuk saya akan lilitkan di leher dan apabila suhu panas terik, saya boleh ikatkannya di pinggang untuk dijadikan sarung!”

chiara
CHIARA FERRAGNI

Persiapkan diri dengan membawa pakaian yang boleh dipakai berlapis-lapis kerana cuaca hari ini sukar diramal – mungkin panas, mungkin sejuk. Ambil gambar kesemua pakaian serta aksesori yang ingin dibawa dengan menggunakan telefon bimbit, kemudian periksa semula dan edit mana yang patut supaya anda tidak overpack!

See also
Snapchat Selebriti Tempatan

untitled
ERIN FEATHERSTONE

Tiga benda pertama saya akan kemaskan sebelum berpergian adalah iPad, buku dan permainan Scrabble supaya perjalanan yang
jauh kurang membosankan. Kalau destinasinya bercuaca tropika, maka sehelai sundress putih pastinya item yang wajib saya bawa.”