Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW - Glam Malaysia
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW

Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW

Lebih membanggakan jentera BMW yang satu ini dipasang lengkap semuanya di Malaysia sendiri. Membawa kejayaan besar bagi memantapkan lagi dunia automobil Malaysia. Menyusur di jalan raya dengan gaya sporty, kereta BMW X1 sDrive20i M Sport nampak gah dengan wajah depan yang diperbaharui dengan susuk gril yang bergabung gagah di tengah depan kereta. Serta segak dengan mutu lampu LED juga ruang udara yang lebih besar!

Dalam kilauan rona indah membelah jalan raya, jentera kebanggan BMW ini diperkasa dengan sistem 2.0 liter empat silinder enjin petrol. Serta enjin lasak 7-Speed Steptronic Dual Clutch Sport menzahirkan kuasa jentera lebih padu sehingga mampu mencapai 224 KM/J! kuasa SAV yang satu ini juga mencecah 192 kuasa kuda pada paras maksimum 6000 rpm. Lebih membangga adalah dengan jentera moden sporty BMW ini mampu memecut dari kelajuan 0 ke 100KM/J dalam hanya 7.6 saat.

https://www.instagram.com/p/CAIJcFxJq9t/

Kemewahan jentera BMW X1 sDrive20i M Sport juga cukup jelas dari dalamnya juga yang mana kemasan mutiara krome memperlengkap nuansa glamor. Lebih selesa dengan kerusi sporty buat pemandu mahu pun penunggang lain serta kemasan kulit Dakota yang lembut memberi keselesaan mutlak tanpa kompromi. Meneruskan legasi BMW yang cukup mesra pengguna adalah sistem bantuan pada pemandu seperti Cruise Control, sistem bantuan memarkir kereta juga teknologi sistem pemerhatian yang tinggi untuk melindungi keselamatan.