Lokasi Tempat Makan Buat Penggemar Makanan Itali dan Jepun - Page 2 of 2 - Glam Malaysia

Lokasi Tempat Makan Buat Penggemar Makanan Itali dan Jepun

Calling all foodies who loves italian and japanese dining! Dua restoran ini menyediakan makanan itali dan jepun yang pasti memenuhi cita rasa sambil ditemani pemandangan indah sekitar Kuala lumpur. Pasti memberi satu pengalaman unik buat mereka yang berkunjung ke dua restoran ini.

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

EBISU

Buat penggemar makanan jepun autentik, boleh berkunjung ke Ebisu sebuah restoran Jepun di bawah operasi Pavilion Hotel Kuala Lumpur yang turut diuruskan oleh Banyan Tree Kuala Lumpur yang menawarkan makanan Jepun yang unik. Restoran Jepun ini dinamakan sempena salah satu Tujuh Dewa kekayaan di Jepun – ‘Ebisu’, yang lebih dikenali sebagai God of Wealth and Prosperity.

Pelbagai jenis Sashimi Segar

Chef Ricky menunjukkan demonstrasi melapah fresh tuna

Hiasan seni bina kayu digunakan untuk dekorasi restoran ini, memaparkan pandangan minimalis dan artistik selaras dengan zaman moden. Kawasan berdekatan bar di restoran memancarkan suasana kontemporari dan ruang makan persendirian besar untuk 24 orang tetamu. Para tetamu yang ingin sudut yang lebih peribadi boleh memilih untuk bilik persendirian yang memuat 8 orang, atau bilik Tatami Jepun yang memuatkan 6 orang. Ebisu mula beroperasi dari 12.00 tengahari sehingga 11.00 malam.

Bar Area

Sushi Bar

Private Room