Lifestyle Guru: Chef Thareq Taylor - Glam Malaysia

Lifestyle Guru: Chef Thareq Taylor

Sentiasa berfikiran terbuka dan gembira dengan apa yang dilakukan, Chef Tareq Taylor mengakui tugasnya bukanlah mudah. Tidak pernah jemu dalam mempelbagaikan rasa dalam setiap sentuhannya, beliau percaya bahawa cita rasa dunia masakan tidak ada penghujungnya. Dalam kerjanya, semangat dan stamina yang tinggi amat penting kerana ini bukanlah pekerjaan sembilan hingga lima!

 

thareq

Paling lama anda pernah bekerja di dapur tanpa rehat?
Dalam kerjaya saya, ada satu masa di mana saya bekerja di sebuah tempat yang sangat sibuk. Dalam tempoh tiga bulan yang sangat sibuk itu, saya bekerja antara 380 hingga 400 jam sebulan. Sementara tempoh paling lama saya pernah bertugas dalam satu masa adalah 37 jam. Saya hanya berehat tidur selama setengah jam.

 

Jika anda boleh memakai apa sahaja di dapur…
A really nice shirt and a cool suit! Memori pahit ketika di dapur? Saya tidak sengaja menjatuhkan tiga pinggan makanan lima minit sebelum ia dihidangkan. Ia adalah majlis perkahwinan dan saya dapat lihat bagaimana tukang masak lain terpaku melihat saya. Kami pantas membetulkan keadaan bersama-sama dan mampu menyediakan tiga pinggan yang baru tanpa ada sesiapa melihat apa yang telah berlaku.

See also
Venice Film Festival 2016: 5 Filem Wajib Tonton

 

food

Inspirasi anda ketika memasak?
Saya mendapat banyak inspirasi daripada rakan perniagaan dan dari pelbagai tempat yang saya lawati. Saya juga mengambil inspirasi daripada chef selebriti lain seperti Jamie Oliver. Saya suka akan gayanya. Inspirasi juga saya perolehi dari Asian Food Channel.

 

Tip berbelanja di pasar bagi seseorang yang selalu membeli-belah di pasar raya.
Pasar adalah tempat yang sempurna untuk berinteraksi secara langsung dengan pengeluar dan memperoleh pengetahuan baru. Jangan takut untuk bertanya ‘soalan bodoh’ dan ambil masa untuk meneliti keseluruhan pasar. Selalunya, pasti ada khazanah yang akan dijumpai.

 

chef-thareq

Tiga perkara yang dianggap sebagai kekuatan anda?
Saya mempunyai minat yang mendalam dengan gaya hidup dan budaya yang berbeza-beza. Bekerja keras, tidak pernah mengeluh dan saya jenis seorang yang gembira.

 

Pencapaian yang paling dibanggakan dalam kerjaya?
Apabila saya dan rakan saya Jonas memulakan restoran pertama kami dengan bajet yang sukar dipercayai. Kami membina semuanya sendiri dan semua peralatan dapur kami gunakan yang lama. Tahun pertama beroperasi kami telah memenangi anugerah “Malmoes Best Restaurant” dan ini sekaligus membuktikan kepada semua yang meragui usaha kami.

See also
Pancaran Permata Romantis Goldheart Serlah Aura Ratu Sehari