Kurus Cara Carey Ng

Kurus Cara Carey Ng

CareyNg

Susuk tubuh menawan terus menjadi idaman wanita dan usaha perlu dilakukan untuk menjadikannya satu realiti, GLAM duduk bersama Carey Ng untuk mencungkil rahsia mengapa mereka merai tubuh wanita dan bagaimana untuk kekal sihat.
 
Sejujurnya, mengapa ada obses kelihatan kurus di dalam bidang fesyen?
Ini semua berbalik pada gambar-gambar yang dicetak melalui majalah. Namun saya rasa kini masyarakat sudah mula sedar tentang kewujudan pelbagai saiz serta rupa yang diketengahkan oleh majalah. Saya sendiri tidak begitu obses dengan saiz badan kerana paling penting adalah untuk anda rasa cantik dan sihat.
 
Apakah rejim kesihatan anda?
Moto utama saya adalah untuk fokus kepada kesihatan kerana itu adalah visi paling penting dalam hidup seseorang. Diet yang seimbang serta melakukan sukan riadah membantu saya untuk kekal dalam tubuh badan sekarang. Tidak perlu rigid dengan mengamalkan satu aktiviti yang sama semata-mata untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Ambil masa kerana kita perlukan tubuh sihat sepanjang masa. Fikirkan kesejahteraan tubuh badan sebelum mendapatkan saiz bentuk badan yang anda idamkan.
 
Bagaimana anda gunakan posisi sekarang untuk promosi badan sihat?
Kita semua mempunyai idea tentang tubuh badan. Di dalam arena pertandingan ratu cantik menjadi misi kami mempromosikan tubuh badan yang sihat. Setiap wanita yang menyertai pertandingan ini perlulah mempunyai kekuatan untuk mendapatkan bentuk badan yang sihat dan tidak kelihatan terlalu kurus atau menggeleber. Wanita perlu bekerja keras mendapatkan susuk tubuh yang sempurna dan mengamalkan gaya hidup sihat.
 
 

See also
Semarakkan Rumah Tangga Kala PKP