Sheila on 7 Menggamit Nostalgia Buat 7000 Peminat di Kuala Lumpur

Konsert Sheila on 7 Menggamit Nostalgia 7000 Peminat di Kuala Lumpur

1 of 25
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sedekad selepas Sheila on 7 (So7) menerjah industri muzik dan telah mencipta rekod dengan setiap single mereka yang masih lagi popular di Malaysia, legasi mereka diteruskan lagi dengan konsert kedua mereka di Kuala Lumpur semalam.

 

Foto EH! | Legitography

Dengan kehadiran hampir 7000 peminat dari Malaysia, Indonesi, Brunei, dan Singapura, StarXpo Hall, KWC Fashion Mall menjadi saksi gabungan unik kugiran Indonesia ini bersama peminat tegar mereka, Sheila Gank.

 

Sebaik sahaja Duta (vokalis), Eross (gitar), Adam (bes), dan Brian (drum) tampil di atas pentas, setiap pelosok StarXpo Hall itu, literally, bergegar dengan sorakan gemuruh Sheila Gank.

 

Dalam tempoh tiga jam konsert itu berlangsung, So7 mendendangkan 17 buah lagu daripada diskografi mereka termasuklah lagu terbaru mereka yang dipersembahkan secara langsung buat pertama kali, Film Favorit. Antara lagu-lagu hit lain yang dimainkan pada malam itu adalah Harber, J.A.P, Bila Kau, Seberapa Pantas, Tunjuk, Dan, Itu Aku, Pejantan, Radio, Sephia, Betapa, Kita, Pemuja, Lapang Dada, Melompat Lebih Tinggi, dan Sebuah Kisah Klasik.

Saya sangat senang hati dan berterima kasih pada sokongan peminat yang masih setia bersama SO7. Kami berharap agar semua peminat terhibur dengan persembahan kami pada malam ini. Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia terutama dari luar Kuala Lumpur yang sanggup hadir menonton persembahan SO7.” – Duta, vokalis So7.

Klik seterusnya untuk melihat imej-imej menawan daripada malam itu.

See also
Dolly Dim Sum Kini Berada Di Sunway Putra Mall