Kim Kardashian West Bertarung Dengan Gangguan Mental
Bukan sahaja Hollywood malah industri hiburan global juga memberikan tekanan tidak munasabah untuk mereka yang terlibat dengan kriteria-kriteria kecantikan yang ditetapkan supaya mereka boleh diterima oleh industri dan peluang mereka untuk mendapatkan kerja menjadi lebih mudah jika mereka kelihatan menawan.
Sering kita lupa disebalik kemewahan dan keanggunan selebriti-selebriti ini bahawa mereka juga manusia seperti kita dan mereka juga mempunyai tahap setakat mana mereka mampu mengikuti standard yang ditetapkan oleh industri ini.
Bintang realiti dan peniaga wanita berjaya, Kim Kardashian West yang terkenal dengan sokongannya terhadap body positivity dengan menggunakan landasan yang dia ada untuk mengajak orang ramai untuk mencintai tubuh mereka sendiri dengan foto-fotonya yang kadang-kadang menggiurkan namun mempunyai mesej disebaliknya. Namun dia sendiri bertarung dengan masalahnya sendiri.
Dalam episod terbaru Keeping Up With The Kardashians Kim mengaku yang dia sedang bertarung dengan keyakinannya sendiri selepas beberapa foto menampilkan dirinya dengan bikini sahaja tersebar tanpa pengetahuannya. Segala perhatian dan kritikan khalayak umum perihal rupa tubuhnya membuatkan dia rasa tidak yakin dengan diri sendiri.
“Orang mengambil gambar kita dengan tujuan untuk memalukan kita. Perkara ini membuatkan saya terpaksa berdepan dengan body dysmorphia (body dysmoprhic disorder),” terang wanita itu. Body dysmorphia merupakan satu anxiety disorder di mana seseorang itu obses dengan idea yang tubuh mereka mempunyai banyak kekurangan.
Ikutan kes rompakan yang melibatkan Kim tahun lalu juga memainkan peranan menyebabkan Kim merasa resah dengan segala perhatian yang diberikan oleh dunia dan perkara ini juga turut dikongsikan oleh bintang realiti itu dalam episod terbaru KUWTK.