Use your ← → (arrow) keys to browse
Foto Utrecht Robin/action press/REX/Shutterstock
Lazimnya jika dilahirkan sebagai kerabat, anak, cucu, cicit dan seterusnya pasti akan mewarisi gelaran yang sesuai dengan mereka namun ceritanya lain pula jika kerabat itu adalah seorang wanita. Kelak, apabila Putera George dikurniakan dengan zuriatnya sendiri mereka akan mewarisi gelaran putera dan puteri kepada nama mereka; manakala zuriat Puteri Charlotte pula tidak akan mewarisi sebarang gelaran.
“Gelaran dalam kalangan kerabat hanya boleh diwarisi melalui zuriat lelaki, jadi apabila Puteri Charlotte mempunyai zuriatnya sendiri mereka tidak akan mewarisi gelaran ‘HRH’, ‘Putera,’ ataupun ‘Puteri,'” menurut pengarah bersekutu Debrett, Lucy Hume.
Satu contoh yang jelas adalah pada Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, zuriat kepada Putera Andrew yang telah mewarisi gelaran ‘puteri’ melalui ayahanda mereka. Manakala Zara Phillips, zuriat kepada Puteri Anne, tidak mewarisi gelaran tersebut.
Malah ahli kerabat di raja juga diberi pilihan untuk tidak mewarisi gelaran tersebut jika mereka enggan seperti yang telah dilakukan oleh Lady Louise, zuriat kepada Putera Edward.
Ratu Elizabeth sendiri pernah menawarkan kepada Puteri Anne untuk memberikan gelaran kepada kedua-dua zuriatnya, Peter dan Zara Phillips, namun mereka memilih untuk menolak tawaran tersebut.