Himpunan Rutin Pagi 7 Wanita Berjaya Era Ini

Himpunan Rutin Pagi 7 Wanita Berjaya Era Ini

Oleh: Aizat Azman Shah
 

Setiap wanita alaf baru pasti ada rutin harian biasa yang padat, dan kadang kala rutin ini menjadi bosan dan memenatkan kerana ia seperti an unexciting never-ending cycle! Apa kata kita mengintai rutin pagi wanita-wanita yang bukan sahaja terkenal, malah yang berjaya dalam kerjaya masing-masing!

1 of 7

1. Anna Wintour, ketua editor Vogue Amerika

Ramai tidak tahu bahawa wanita yang merupakan salah satu tokoh penting industri fesyen ini memulakan paginya sangat awal. Tepat 15 minit sebelum pukul 6 pagi, beliau akan tiba di sebuah kelab tenis di New York untuk beriadah selama sejam, setiap hari. Beliau kemudian akan bergegas balik ke tempat kerja selepas menukar persalinan di rumahnya.