GLAM Exposé: Gaya Hidup Perempuan Simpanan

GLAM Exposé: Gaya Hidup Perempuan Simpanan

Teks Tengku Ashley Hassan

Hello Januari! Begitu cepat masa berlalu dan tanpa sedar kita sudah menapak ke tahun 2018. Tirai 2018 saya buka dengan cerita panas. Cerita perempuan simpanan era moden. Ini kerana zaman sekarang semakin ramai gadis muda mahu jalan pintas dan hidup senang lenang. Bagi mereka buang masa saja belajar di menara gading bertahun-tahun dan belum tentu selepas graduate dapat pekerjaan baik. Dengan menjadi perempuan simpanan, gadis berusia awal 20-an sudah mampu menjinjing tas Chanel, Dior dan Louis Vuitton. Berkereta mewah dan rutin harian tentulah memburu ke gedung-gedung pakaian mewah. Di ruang ini saya mahu khabarkan 1001 kisah wanita simpanan ini. Sewaktu saya membuat kajian mengenai topik panas ini, tidak dapat saya kira berapa kali saya urut dada terkejut mendengar pengakuan demi pengakuaan berani perempuan simpanan! Dan hasil siasatan saya, sebenarnya perempuan-perempuan simpanan ini ditempatkan di dua kondominium mewah di ibu kota. Yang satu perempuan simpanan kepada Datuk Seri dan seorang lagi perempuan simpanan Datuk A and the list goes on.

 

Trend perempuan simpanan hari ini mereka tidak lagi mendiamkan diri dengan bersembunyi atau tutup akaun Facebook dan sebagainya. Mengelak soalan sekiranya ada yang bertanya siapakah suaminya, dan tidak akan pernah menghiasi majalah. Hari ini they are out and about and proud of it. Masyarakat kota sudah boleh menerima mereka. Budaya memboikot perempuan simpanan seakan sudah terkubur. Biarpun hanya perempuan simpanan, mereka bersiap cantik-cantik menempah makeup artist tersohor dan pasang badan untuk ke parti kota dan bergaul dengan sosialit lain. Perempuan simpanan zaman sekarang gila glamor! Tetapi bukan semua sugar daddy yang membenarkan perempuan simpanan mereka out and about!

 

Semua tahu dia adalah perempuan simpanan kepada Datuk yang berprofil tinggi ini. Dan satu Malaysia kenal siapa isterinya. Majalah fesyen seringkali menghiasi wajah isteri Datuk untuk laman fesyen kerana cita rasa Datin pada fesyen sangat tinggi. Kalau dulu dia dilabel social outcast, tetapi hari ini hairannya golongan sosialit tetap menerima perempuan simpanan Datuk dan berparti dengan perempuan simpanannya seolah-olah dia adalah teman baik mereka. Perempuan simpanan Datuk ini juga menerima jemputan ke majlis-majlis besar di ibu kota. Lebih lucu dia juga layak untuk duduk di front row kala pertunjukan fesyen. Pelik, tetapi itulah hakikatnya.

 

Kisah wanita simpanan muda ini yang kebetulan adalah teman kepada rakan saya ini, tidak malu pun bergelar perempuan simpanan. Kerana baginya dia mencari rezeki untuk menampung keluarganya yang susah di kampung. Setiap bulan RM3000 dikirimkan kepada mak dan ayah untuk perbelanjaan makan minum dan sekolah adik-adik. Yang lagi tidak masuk akal, apabila ditanya adakah mak dan ayahnya tahu yang dia adalah perempuan simpanan dan dia akui dia mendapat restu daripada kedua ibu bapanya. Baginya, mana mungkin dia mahu kembali hidup susah seperti dulu kerana dirinya kini lena tidur di atas tilam empuk wang ringgit.

See also
3 Senaman Low-Impact Bakar Kalori Tinggi

 

Perempuan simpanan ini mengaku dia pernah mendapat ikan besar apabila menjadi excort jutawan terkenal tanah air. Dan bukan dia sahaja di upah. Rupa-rupanya ada lima lagi perempuan simpanan diupah. Semuanya dari negara berlainan dan hanya dia seorang daripada Malaysia. Mereka semua dibawa menaiki private jet milik sang jutawan dan berlibur dengannya sepanjang percutian yang memakan masa sebulan. Betapa kayanya si jutawan ini, kerana sewaktu bercuti dia akan membawa perempuan-perempuan simpanannya ke butik mewah dan membenarkan mereka memilih apa sahaja mereka mahu termasuk jam tangan mewah. Dia hanya mencampakkan kadnya apabila tiba masa untuk membayar, Durian runtuhlah butik-butik mewah yang mereka kunjungi itu. Dalam setahun dua kali pasti dia dijemput jutawan ini untuk ke luar negara berparti. Dan kini sudah lebih lima tahun dia bersama jutawan ini. Seks orgy adalah kegilaan jutawan ini. Dia tidak akan pernah berasmara dengan seorang wanita. Paling sedikit tiga orang sekaligus. Terkedu saya mendengar cerita tersebut.

 

Lagi cerita mengenai perempuan simpanan. Dia ini sudah pun berusia awal 40-an dan bukanlah usia cliché perempuan simpanan yang biasanya muda remaja. Dan katanya ada masa client nya jauh lebih muda daripada dirinya. Dia menggelarkan dirinya sebagai serial mistress Katanya libido seksnya kuat bisa mengalahkan anak muda. Dalam sehari dia boleh membuat hubungan kelamin paling kurang tiga kali. Mungkin kerana itu dia boleh menjadi perempuan simpanan. Tetapi kerjayanya ini tidak untuk satu lelaki sahaja. Dia ada kontrak. Biasanya hubungan mereka berlangsung selama tiga bulan dan paling lama enam bulan. Dia mudah jemu dan akan tukar kepada lelaki lain. Bayaran yang dikenakan mencecah puluhan ribu juga. Biarpun sudah berusia 40-an tetapi kalau dilihat dia persis wanita 20-an. Cantik dengan tubuhnya yang seperti kerengga itu. Menjadi perempuan simpanan sudah menjadi mata pencariaannya sejak usia 19 lagi. Pernah empat kali dia menggugurkan anak luar nikah apabila secara tidak sengaja mengadungkan anak sugar daddynya.

See also
Alternatif Selain Langsir - Bidai

 

Kata perempuan simpanan kepada Datuk Seri yang berusia 65 tahun ini, kerjanya mudah sahaja. Melayan nafsu orang tua di ranjang lebih mudah kadang-kadang tak sampai lima minit Datuk Seri sudah kecundang. “Bila dah tua ini, Datuk Seri hanya sekadar mahu pendamping yang cantik. Daripada melihat isteri yang sudah tua berkedut dan asyik membebel di rumah mereka mahu dimanja dan dibelai wanita muda nan jelita,” jelasnya tanpa rasa bersalah. Dia juga berani berkata yang dia umpama bidadari buat Datuk Seri, kecantikannya dan kelembutannya menambat hati Datuk Seri. Perhubungan yang sudah tiga tahun berlanjutan ini masih tidak dapat dihidu oleh Datin Seri, walhalnya orang disekeliling sudah nampak dia berkepit di pusat membeli-belah bersama Datuk Seri.

 

Satu lagi kisah mengenai perempuan simpanan yang menggelar dirinya sebagai penyelamat rumah tangga. Katanya dengan adanya dia, Datuk dan Datin hidup bahagia. “He was in his 50’s and his wife had completely gone off sex following the menopause. Jadi Datin tahu kewujudan I untuk puaskan nafsu seks Datuk,” ujar perempuan simpanan ini. Datuk sayangkan keluarganya, Datuk tidak pernah mahu bercerai dengan Datin. Dan Datin bersetuju Datuk ada perempuan simpanan asalkan tidak berkahwin lagi. Jadi hubungan Datuk bersama isteri dan anak-anak kekal bahagia. Perempuan simpanan ini tidak melihat apa yang dilakukannnya itu satu kesalahan malah dia bangga dengan statusnya.

Kisah ini lebih kurang seperti kisah di atas cumanya Datin Seri sebenarnya tidak rela apabila Datuk Seri menjalinkan hubungan dengan perempuan simpanan. Tetapi Datuk menggugut sekiranya dia tidak merestukan hubungan itu, Datuk Seri mahu bercerai. Datin Seri akur demi untuk kebahagiaan anak-anaknya yang masih bersekolah. Tidak mahu anak-anaknya menderita melihat perpisahan mereka. Cuma syarat Datin Seri dia tidak boleh tinggal di kawasan Kuala Lumpur. Datin Seri tidak mahu sesekali terserempak dengannya. Dan kerana itu Datuk Seri belikan kondominium mewah untuknya di Johor Bharu, memandangkan Datuk Seri sering ada projek di Singapura.

 

Pelik tetapi benar, dan percayalah ini sudah menjadi kebiasaan, apabila, anak-anak si sugar daddy ini tahu siapa perempuan simpanan ayah mereka. Dan mereka lihat itu sejak daripada kecil. Jadi apabila anak-anaknya sudah bujang, dia belikan anak-anaknya rumah kondominum sama dengan perempuan simpanannya. Anak-anak Datuk anggap perempuan simpanan ini macam kakak mereka sahaja. Datuk akan sponsor perempuan simpanannya bersama anak-anak bujang dan teman-teman wanita anak-anaknya pergi bercuti di luar negara setiap tahun. Teman-teman wanita anak-anak Datuk berkawan baik pula dengan perempuan simpanan Datuk. Dan lebih sedih anak-anak bujang turut berkomplot merahsiakan identiti perempuan simpanan Datuk daripada ibu mereka.

See also
Gaya Fesyen 'Summer' Kendall Jenner

 

Lebih berani apabila sugar daddy-sugar daddy ini berkomplot sesama mereka curang dengan isteri masing-masing. Mereka ini semua adalah teman baik dan mereka humbankan perempuan-perempuan simpanan di kondominium yang sama. Setahun sekali mereka akan adakan trip bersama perempuan-perempuan simpanan. Mereka akan ke luar negara dan bercuti secara berkumpulan. Tiada apa yang dirahsiakan, umpama ‘rahsiamu, rahsiaku’. Macam family trip pun ya! Jadi mereka akan berjalan sekumpulan beramai-ramai sepanjang percutian. Sungguh terbuka!

 

Dan bukan lelaki sahaja ada perempuan simpanan, ada saja isteri-isteri kenamaan yang kesepian membela gigolo untuk mengisi kekosongan di hati dan memenuhi kehendak seks luar tabii. Misalnya cerita gigolo ini apabila dia menjadi kekasih gelap Datin yang hancur hati dengan suaminya yang curang kepadanya bertambah derita apabila si suami tidak bernafsu lagi dengannya. Kerana dendam akhirnya Datin juga sudah menemui teman ranjangnya yang 10 tahun lebih muda darinya. Kata gigolo ini setelah pertemuan bersama Datin, Datin amat seronok setelah sekian lama ‘berpuasa’. Dan ternyata Datin puas hati kerana akhirnya dapat membalas dendam setelah sekian lama terseksa dengan rumah tangganya. Datuk tidak pun mengetahui kisah ini. Mereka masih bertahan sebagai suami isteri demi anak-anak.

 

Hakikatnya, ramai juga selebriti tanah air yang terjebak dengan menjadi perempuan simpanan. Dengar cerita ada yang sehingga mendapat bayaran sehingga satu juta ringgit. Waktu dapat duit itu, selebriti yang sering dilanda kontroversi ini terus melabur untuk beg Birkinnya yang pertama tetapi terus membeli yang edisi terhad, kulit buaya! Dan dia juga menerjah ke butik jam mewah di ibu kota berharga ratusan ribu ringgit. Keretanya juga sudah berharga satu juta. Tak mungkin pelakon suam-suam kuku sepertinya kaya raya sebegitu. Ada lagi dua tiga selebriti popular yang menjadi perempuan simpanan demi kemewahan yang tiada batasan.

 

Sesungguhnya hari ini ramai yang tewas dengan nafsu sehingga tidak lagi memikirkan dosa kerana tunduk pada hawa nafsu mereka. Yang sedihnya bukan saja lelaki tetapi wanita hari ini lebih berani daripada kaum Adam. Mereka berani mempertaruhkan rumah tangga, jati diri, kehormatan diri demi kehendak nafsu yang beraja di dalam diri.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Januari 2018