First Lady Perancis Brigitte Macron Enggan Berdiam Diri

First Lady Perancis Brigitte Macron Sudah Serik Dikritik

2018 semakin menghampiri namun umur seseorang yang melibatkan perkahwinan masih lagi menjadi isu buat beberapa pihak yang tiada benda lain yang mereka perlu risaukan.

 

Umum mengetahui bahawa Presiden Perancis Emmanuel Macron (40) dan isterinya Brigitte Macron (64) mempunyai jarak perbezaan umur sebanyak 24 tahun. Which is the same as jarak umur antara Presiden Trump dan isterinya Melania Trump.

 

Foto POOL/VILLARD/WITT/MAXPPP

Namun kenapa Brigitte seorang sahaja yang perlu dipersoalkan? Setelah sekian lama berdiam diri, Brigitte meluahkan perasaanya melalui satu temubual bersama Elle Perancis perihal ini.

 

Sebelum ini Presiden Macron sendiri pernah bersuara mengenai dwistandard yang dikenakan oleh pihak umum terhadap dirinya dan Brigitte.

 

Brigitte memberitahu bahawa dia mendahulukan kebahagiannya lebih daripada pendapat orang ramai mengenai hubungannya bersama Presiden Macron sejak mereka bertemu disekolah suaminya ketika dia mengajar di sana.

 

Photo Muylaert Sebastien/action p/REX/Shutterstock

“Jika saya tidak mengambil keputusan untuk mendekatinya [Emmanuel], syaa mungkin akan merasa kehilangannya besar dalam hidup saya. Saya gembira dengan anak-anak saya dan pada masa yang sama saya juga merasakan saya perlukan cinta ini seperti kata-kata Prévert  ‘untuk bahagia secara keseluruhan.'”

See also
Japan Bakal Buka Taman Bertemakan Spa!

 

Beberapa hari selepas pelantikan Emmanuel sebagai Presiden Perancis, orang ramai menuduhnya sebagai seorang homoseksual dan perkahwinannya dengan Brigitte adalah cara untuk menyorokkan dirinya yang sebenar.

 

“Jikalau saya yang berusia 20 tahun lebih tua daripada isteri saya, tiada siapa pun yang akan mempersoalkan hubungan kami ini. Hanya kerana dia 20 tahun lebih tua daripada saya yang membuatkan orang ramai mengatakan, ‘Hubungan ini tidak mungkin boleh dipertahankan.'”