Majlis pembukaan Dior Beauty Boutique di Mid Valley Megamall yang berlangsung pada Rabu, 13 Mei meriah dengan kehadiran tetamu industri termasuk selebriti terkemuka tanah air Ning Baizura, Anzalna Nasir, Dynas Mokhtar dan Carey Ng. Menawarkan himpunan koleksi lengkap produk penjagaan kulit, haruman mewah serta solekan, butik itu turut serta menyediakan perkhidmatan eksklusif juga acara khas buat penggemar Dior. Majlis turut dirasmikan Oliver Dubos, Pengarah Urusan Serantau Christian Dior Parfums.