Pertarungan 7 Selebriti Menentang Kegelapan Dalam Hidup Mereka

7 Selebriti Tampil Kongsikan Pertarungan Gelap Dengan Kesihatan Mental

Kesihatan mental merangkumi keadaan emosi, psikologi serta sosial seseorang. Terdapat pelbagai penyakit yang boleh dikategorikan dibawah mental illnesses. Antaranya adalah kemurungan, kegelisahan (anxiety), serangan panik dan OCD (Obsessive Compulsive Disorder). Namun begitu, tiada siapa mampu terkecuali dari menghadapi isu berkaitan kesihatan mental termasuklah selebriti Hollywood.

 

Oleh: Lylatul Qadrina

2 of 7

Emma Stone

Pertama kali Emma mengalami serangan panik adalah ketika dia masih kecil. Emma yang sedang berada di rumah rakannya berasa seperti rumah tersebut sedang terbakar. Perkara tersebut berterusan selama tiga tahun.

“I would ask my mom to tell me exactly how the day was going to be, then ask again 30 seconds later. I just needed to know that no one was going to die and nothing was going to change,” kata Emma.