Menjalani pengubahsuaian yang lengkap pada 2010, lalu ditampilkan 20 bilik suite baru hasil olahan Diane Von Furstenberg, juga dikenali sebagai ‘Queen of Prints’. Maka, signatur cetakan haiwan, dekorasi hiasan berwarna-warni dan seleksi perabot mewah menjadi taruhan. Tidak lupa item peribadi yang ditampilkan sama seperti selimut kashmir dan himpunan fotografi dari kembaranya mengelilingi dunia.