5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi - Page 5 of 5 - Glam Malaysia

5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi

Kadang-kadang anda buntu mencari destinasi percutian dan memerlukan inspirasi daripada melihat pilihan-pilihan selebriti tempatan atau antarabangsa. Gaya percutian bagaimana idaman anda?

 

https://www.instagram.com/p/BpS-a7Bj7Nn/

 

Heboh sekampung berita Neelofa bercuti mewah ke Maldive baru-baru ini. Atau cemburu rasa hati membaca kisah Putera Harry membawa Meghan Markle berbulan madu di Afrika, destinasi kegemaran ibunya suatu ketika dulu. Melihat Victoria Beckham memilih Bali, destinasi itu dekat sahaja dengan tempat kita.

 

Semesti gambar-gambar dipaparkan mengundang rasa ingin turut serta melancong ke destinasi tersebut. Click kanan kerana ada 5 destinasi kesukaan selebriti kegemaran anda mahu kami kongsi. Mana tahu daripada situ anda dapat ilham mencipta percutian anda.

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kunjungan Ke Negara Eksotik

India jadi tumpuan dunia dengan berlangsungnya perkahwinan intimasi Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Sememangnya kemeriahan dirasakan semua melihat acara gilang-gemilang pasangan pelakon dan penyanyi ini. Betapa mereka sekeluarga semalaman bernyanyi dan menari. Istana mewah di India menjadi pilihan mereka mengikat ikatan sebagai suami isteri.

 

Sememangnya India terkenal dengan varian budaya dan tradisinya. Melihat filem Hindi sudah cukup untuk meruntun hati berkunjung ke negara kelahiran Priyanka Chopra. Apa kata anda memilih Fairfield by Marriott Goa Anjuna yang hanya 40 km daripada Dabolim Airport. Malah hotel ini juga dekat dengan beberapa destinasi menarik untuk dikunjungi seperti Chapora Fort, The Saturday, Club Cabana dan paling dekat dengan pantai Anjuna dan Baga.

 

https://www.instagram.com/p/Bq9zIPDHZ1l/