5 Destinasi Bufet Ramadan di Kuala Lumpur

5 Destinasi Bufet Ramadan di Kuala Lumpur

Buat anda yang masih tercari-cari destinasi iftar di penghujung Ramadan ini , GLAM himpunkan lima destinasi bufet Ramadan terbaik di Kuala Lumpur untuk dicuba.
 
Output12

1. Vasco, Hilton Kuala Lumpur
Harga: RM184 setiap seorang (Nikmati diskaun 20% pada 12 hingga 18 Julai ini)
Tempahan: 03 2264 2596
 
Rasai pengalaman pulang ke kampung halaman di Vasco yang dihiasi cahaya lampu lilin serta alunan muzik Ghazal mengiringi suasana berbuka anda. Bukan itu sahaja, gerai bazaar tradisional dengan tawaran masakan Melayu yang digubah sedikit moden menjadi tarikan utama di sini. Serunding Ayam Daging, Ikan Talapia Merah Goreng Berlada dan Ikan Sembilang Masak Lemak Tempoyak antara menu tradisional yang pasti membangkitkan selera. Jika inginkan sesuatu yang lebih ringan, ayuh ke stesen Apam Balik untuk hidangan panas lagi mengiurkan. Ais Krim Potong sebagai pencuci mulut turut menghidupkan lagi nostalgia di kampung tercinta.
 
Sheraton Imperial KL Ramadhan Roasts (731x1024)

2. Essence, Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Harga: RM138 setiap seorang
Tempahan: 03-2717 9900
 
Masakan Nusantara dari Malaysia serta Indonesia seperti Lagan ki Boti, Siakap Bakar Bumbu Bali, Ayam Penyet, Pecal Lele, Kambing Panggang dan Nasi Mandhi serta Sambal Colek pasti menggamit selera anda di sini. Bawa famili juga teman untuk merasai pengalaman baru dengan hidangan dari Indonesia ini.
 
Aloft Kuala Lumpur Sentral_A_List_Malaysian_Buffet

See also
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!

3. Aloft Kuala Lumpur Sentral
Harga: RM110 setiap seorang
Tempahan: 03 2723 1188
 
Menjanjikan sajian mewah kelas pertama dengan suasana futuristik penuh warna, Aloft mengetengahkan masakan pilihan Chef mereka seperti Kuzi Kambing yang dihidangkan bersama Nasi Briyani, Nasi Lemak Kunyit dan Nasi Ayam Kukus Nook. Juga tidak lupa Laksa Sarawak yang pasti membuai selera!
 
The Westin KL_Juadah Iftar 2015 (Roast Lamb)

4. The Living Room, The Westin Kuala Lumpur
Harga: RM118 setiap seorang
Tempahan: 603 2731 8333
 
Sajian panas masakan lokal dengan stesen memasak yang tersedia pasti membangkitkan keterujaan anda kala beriftar. Kambing Panggang dan Nasi Briyani Gam adalah antara menu yang tersedia. Anda juga berpeluang merasa seleksi masakan terbaik dari Utara oleh Chef Halim Sultan seperti Daging Gulai Kawah Nusantara dan Gulai Ayam Kampung Pucuk Ubi Kayu.
 
Le Meridien KL_Ramadhan (2)

5. Latest Recipe, Le Meridien, Kuala Lumpur
Harga: RM148 setiap seorang
Tempahan: 03 2262 7434
 
Jika anda inginkan hidangan campuran pelbagai bangsa, inilah destinasinya. Masakan Melayu, Cina dan India malahan masakan Jepun dan Barat juga tersedia. Antara menu menarik adalah Kambing Panggang dengan 10 rempah berbeza yang pasti memikat selera manakala bubur durian serta ais krim yogurt enak dijadikan penutup selera.
 
 

See also
Momen Fesyen Terbaik Pasangan Beckham