Brazilian Beauties - Page 7 of 10 - Glam Malaysia

Brazilian Beauties

Brazil bukan sahaja terkenal dengan kehebatan sukan namun juga turut terkenal kerana telah menghasilkan begitu banyak model terbaik di dunia. Sukar untuk  mengira bilangan mereka. GLAM senaraikan 10 model yang paling menonjol kelahiran Brazil.

7 of 10

Raquel Zimmermann

Zimmermann

Nama Zimmermann tidak asing lagi dengan dunia peragaan. Memulakan kerjayanya sebagai penghias muka depan untuk majalah Vogue Italia dan sejak itu namanya terus melonjak naik. Dia mewakili rumah fesyen terkemuka seperti Chanel dan Gucci, dan turut serta bersama rakan supermodel Brazil yang lain di pentas Victoria’s Secret. (Gambar: Instagram Raquel Zimmermann)