10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi - Glam Malaysia

10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi

Sudah menjadi suatu kebiasaan di Amerika apabila seseorang pelakon melalui transisi dan mengembangkan sayap mereka dengan mencuba nasib dalam bidang lain.

 

Kebiasaannya mereka akan mencuba bidang perniagaan ataupun yang lebih menjadi tarikan kepada pelakon-pelakon ini adalah bidang nyanyian.

 

Tetapi bukan semua yang mencuba nasib dalam bidang ini berjaya jadi kami akan senaraikan 10 pelakon yang berjaya dalam transisi mereka sebagai penyanyi.

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Jared Leto

 


 

Siapa yang tidak mengenali jejaka yang terkenal dengan renungannya yang menusuk ke kalbu dengan mata biru terangnya? Tetapi mesti ramai yang tidak tahu bahawa dia memulakan kariernya bukan sebagai seorang penyanyi sebaliknya sebagai seorang pelakon pada tahun 90-an. 30 Seconds to Mars diwujudkan olah Jared dan abangnya pada tahun 1998. Karier musiknya juga melonjakkan lagi namanya sebagai penghibur terkenal di serata dunia.