Kayda Aziz - "Ibu (Sheila Majid) adalah sumber inspirasi terbesar."

Kayda Aziz – Ibu (Sheila Majid) adalah sumber inspirasi

Kayda Aziz

Teks & Penyelaras: Johan Kassim
Arahan Seni: Azreezal Hafidz

She is the next generation! Nama Kayda Aziz, menarik perhatian ramai pendengar sejak pelancaran single pertamanya, ‘Go Hard Or Gostan’ kolaborasi bersama rapper, Hunny Madu. Tidak dinafikan, lagu tersebut menerima komen positif.

“It feels nice! Lebih-lebih lagi saya diberi kepercayaan dan berpeluang membawakan konsep lagu kegemaran saya yakni rap dan hip hop. Berdasarkan senario sekarang, tak ramai rapper wanita betul-betul serius menerobos masuk ke dalam dunia muzik hip hop yang majoriti didominasi kaum lelaki.”

“Saya terdedah dengan muzik sejak kecil lagi. It’s already in me and I love it so much! Walaupun buat masa ini, karier saya belum menghasilkan keuntungan wang lagi, tetapi saya akan konsisten mengukuhkan nyanyian agar bertambah menjadi baik. As long as the passion is still there and I’m enjoying what I’m doing, I don’t have to think about making money so much. Saya rasa gembira buat masa ini,” luah Kayda lagi.

“Tapi mengapa rapper?” soal saya. Kayda menceritakan, “Semasa kanak-kanak, saya suka menonton rancangan berbentuk nyanyian yang menampilkan kumpulan hip hop seperti 4U2C, Nico, KRU dan banyak lagi. Saya sangat terhibur dengan gaya nyanyian dan persembahan dinamik mereka. Mereka ada stail dan selera fesyen tersendiri. And I think it’s cool! Selepas itu, Malaysia dilambakkan dengan kumpulan rap lebih moden seperti Teh Tarik Crew, Ruffedge dan Too Phat. Sejak itulah, saya memasang niat mahu menjadi seperti mereka. I want to be a rapper! Rasa sangat seronok mendengar muzik rap dan mahu belajar lebih tentang rap. Ia membuat saya rasa teruja.”
Jelas Kayda lagi, “Buat masa ini, saya gemar bereksperimen dengan pelbagai stail rapping. Sebab masih baru, ia penting buat saya mencuba pelbagai stail rapping dan amati dari segi skil, penulisan lirik dan mesej ingin disampaikan. Dan saya lebih suka menyanyikan lagu sendiri kerana ia lebih dekat dan kisah disampaikan mengenai diri sendiri.”

See also
Makanan Khasiat Untuk Otot

Melihat imej Kayda menerusi persembahan dan muzik video, imej Kayda tampil lain daripada yang lain. Unik dan she’s got good taste. Kata Kayda, “Saya ciptakan alter-ego kala menyanyi. Seperti Beyonce, dia ada Sasha Fierce. Kalau saya, saya menjadi Kayda. I try to get out from my comfort zone. Kalau keperibadian sebenar, saya menjadi Khaleeda yang berperwatakan feminin. Kala menyanyi sahaja, saya jadi lain sikit.”

Hadir dengan lagu ‘Go Hard or Gostan’, pujian wajar diberikan kepada Kayda dan Hunny Madu kerana menyuntik kelainan dan ‘perisa’ segar menerusi muzik yang dibawa dengan cara tersendiri. Paling penting, mereka semakin diterima dan ‘menang’ di hati pendengar muzik tanah air yang rata-ratanya bersetuju dan yakin bahawa dua wanita ini mampu menggegarkan ruang muzik hop hop tanah air.

Untuk melancarkan muzik video rasmi ‘Go Hard Or Gostan’, Kayda banyak bekerjasama dengan bakat baru tanah air. “Saya suka bekerja dengan pendatang seni baru. Kerana sekarang banyak bakat baru lokal memiliki kreativiti dan idea tersendiri. Saya respek dengan kebolehan luar biasa mereka. I never knew that people around my age can think out of the box. Industri muzik dan fesyen di Malaysia hari ini semakin bertambah baik. Lagi pun, dengan cara ini kita dapat membantu antara satu sama lain.”

See also
Watak Sebenar Faizal Hussein

Judul lagu lain seperti ‘Down With Me’, ‘Unit Trust’ dan tentunya ‘Go Hard or Gostan’ membawa panji-panji feminisme. “Lagu ini menegaskan konsep ‘female empowerment’. Sebab sekarang muzik hip hop didominasi kaum lelaki dan banyak berlandaskan perspektif lelaki sahaja. Bukan nak tunjuk lagak atau memperlekehkan rapper lelaki. I think it’s time for you to get it from the girls! Lagu ini juga mahu memberi motivasi buat sesiapa sahaja agar lakukan sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh. Sedikit sebanyak lagu ini dipengaruhi dengan nasihat diberi oleh ibu saya (Datuk Sheila Majid) kepada saya. Like you must do something you love full heartedly.”

“Teruja?” “Tentunya tetapi pada masa sama, saya perlu fikir apakah langkah saya seterusnya bagi memastikan kekal relevan?” “Yelah, tak nak pula jadi just one hit wonder kan?” celah saya. “Benar! Sebab itu saya perlu fikir ke hadapan dan rancang apa yang perlu saya lakukan seterusnya untuk kekal relevan.”

Selepas pelancaran single ‘Go Hard Or Gostan’, Kayda melancarkan projek terbaru, #AV bergandingan dengan enam rapper wanita tempatan lain iaitu Hunny Madu, Al Caponey, Nadhira, Supa Mojo, Rubba Bend dan Shikara.
Kayda mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi terbesar baginya. Dia memandang tinggi perjuangan ibunya dalam memperjuangkan minat dalam bidang muzik sehingga mencapai ke kelas tersendiri. “Saya mengamati hasil kerja ibu saya sejak kecil sehinggalah hari ini. It is amazing to see people who are really commited to work. Dan lebih menakjubkan, ibu saya boleh seimbangkan antara waktu kerja dengan keluarga dengan baik sekali. I learn so much from her. Oh ya, Beyonce juga inspirasi saya dalam nyanyian.” tutur Kayda yang mengangkat Victoria Beckham dan Kendall Jenner sebagai ikon fesyennya.

See also
Dekati David Mckienzie

Sudah menjadi lumrah selebriti, Kayda berkata dia pernah dilempar kata-kata negatif dan menerima persepsi salah tentang karyanya. “Saya pernah menerima komen negatif. Semasa muzik video ‘Down With Me’ dimuat turunkan dalam Youtube, komen pertama yang saya terima adalah ‘sungguh tak sedap’. Boleh komen pertama macam tu? Tapi tak mengapa, saya terima sahaja apa orang nak kata dan saya akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri. Cuma sebagai individu muzik, saya perlu tahu perbezaan antara komen berbunyi criticism or just being rude,” katanya, rap tidak hanya boleh dilakukan pada lagu berunsurkan muzik hip hop tetapi juga genre lain.

*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Lelaki edisi Disember 2014