FOTOGRAFI 2 PENGEMBARA DUNIA (Bhgn. 2)

FOTOGRAFI 2 PENGEMBARA DUNIA (Bhgn. 2)

TERDAPAT PERBEZAAN DI ANTARA PELANCONG DAN PENGEMBARA. TOURIST ATAU TRAVELLER. DAN TENTU SEKALI KERANA FOTOGRAFI MENJADI MINAT, GAMBAR-GAMBAR KEMBARA YANG DIRAKAM ADALAH HARTA YANG PALING BERHARGA. GL MENAMPILKAN FOTOGRAFI DUA PENGEMBARA DUNIA DARI SUDUT KACA MATA MEREKA. DI SINI TERDAPAT PERKONGSIAN UNTUK DIJADIKAN SUNTIKAN ANDA MENGORAK LANGKAH PERTAMA MENJELAJAH DUNIA.
 
A67Q7201_rsz
 
ALFONSO PEREZ, @alperez71
Dermatalogis Perubatan
Kini menetap di di Melbourne bersama isterinya, Sarina Sham. Mereka bertemu semasa Alfonso mengambil cuti daripada dunia perubatan untuk mengembara serantau Asia pada lewat 2014. Rakaman fotografi eksplorasinya dianggap hartanya paling berharga.
 
Apakah perkara paling unik anda belajar daripada kembara?
Saya rasa kita boleh mengenal manusia dalam konteks manusiawi. Kita dapat pelajari semua perbezaan dalam setiap penampilan, adat dan kepercayaan. Mengembara memberi pengajaran terbaik untuk kita mengenal dunia, lagi-lagi dalam mengenal diri sendiri. Contohnya bagaimana kita memberi reaksi pada persekitaran yang tidak dikenali.
 
Banyak mengumpul teman daripada kembara? Adakah masih berhubungan dengan mereka?
Sebagai pengembara solo, memang sukar dinafikan untuk mendapat sahabat yang benar-benar tahan dengan ujian masa dan jarak. Oleh itu, kita semua harus saling berhubung dan perlu bersifat lebih terbuka untuk mengenal kawan baru. Anda bakal bertemu dengan pelbagai manusia dengan pelbagai latar belakang.
 
Pernah berhadapan kesukaran ketika mengembara? Dan cara terbaik menanganinya?
Ya, ketika mengembara pastinya ada few bumps in the road. Dari kes kehilangan wang/passport. Sehingga sesat di tanah tinggi Laos. Itu hanya sedikit contoh. Accept that life will throw a few curved balls at you, stay in good spirits and don’t dwell on setbacks.
 
Apakah yang anda sering mencari waktu kembara?
Travelling tidak lengkap tanpa fotografi, yang juga passion saya. Saya sangat mementingkan visual. Saya akan merakam apa-apa yang unik oleh kaca mata saya. Negara-negara Asia kaya dengan lambaian santai street life, aneka busana rona garang warna-warni, nusa budaya purba yang sangat asing bagi saya. Kalau Eropah, tepatnya budaya Itali, kota magis romantis Vanice adalah pilihan destinasi fotografi saya.
 
Editor terkenal dunia, Diana Vreeland pernah mengungkapkan “The eye has to travel”. Apakah maksudnya itu bagi anda?
Diana Vreeland, editor yang mengembara dunia. Dia melihat fesyen sebagai satu aras dalam membawa perubahan kepada masyarakat. Dia akui travelling yang selalu dilaluinya sedikit sebanyak memberi pengaruh dalam kebolehan agungnya, menyuntik “keunikan” dalam dunia fesyen.
 
[soliloquy id=”46922″]

See also
Percayakah anda gambar-gambar ini dirakam dengan kamera telefon pintar?