Wanita Idaman: Didi Dayang

Wanita Idaman: Didi Dayang

mac lelaki - wanita idaman
 
BILA DIA MASUK SAJA KE RUANG SOLEK DI TEMPAT PENGGAMBARAN, RAKAN-RAKAN SEKERJA YANG LAIN BERTANYA, “SIAPA DIA TU?” BALAS SAYA, “OH, ITULAH DIDI DAYANG. CANTIK, KAN?” BENAR.  KEHADIRAN DIDI MEMBUAT ORANG TERPANA MELIHATNYA. DIA SENYUM PULA TAK HENTI-HENTI. DUDUK SEMEJA DENGANNYA, BANYAK CERITA YANG DIA KONGSIKAN BERSAMA.
 
Siapa idola kamu dalam bidang tarian?
Saya mengagumi lagenda Martha Graham. Dialah yang memperkenalkan tarian kontemporari itu, pada zaman perang dunia pertama.
 
Apakah yang menginspirasikan kamu?
Muzik. Kerana saya suka muzik dan muziklah yang membuatkan saya mahu terus menceburi tarian.
 
Di mana kamu melihat diri kamu dalam masa sepuluh tahun akan datang?
Wow. Sepuluh tahun, ya? Lazimnya, saya mahu memiliki keluarga dan kerjaya. Live happily ever after. Haha! Namun yang pasti, seperti yang dijelaskan tadi, saya mahu memiliki produksi koreografi sendiri di mana saya yang menghasilkannya. I have always wanted to manage, to create and to choreograph a big dance production. Semua itu saya sudah bayangkan dalam kepala saya.
 
Oh, kamu menjalani pengajian dalam bidang tarian dari Adelphi Universitiy di New York, bukan?
Ya. Major in dance from Adelphi.
 
Beritahu saya, adakah susah atau sukar untuk menari? Selalu tengok di Youtube, kadang-kadang nampak senang.
Susah sebenarnya! Apa yang kamu tengok dalam Youtube bukan semudah yang disangka. Kerana setiap gerak-geri seperti tangan, kaki, lengan, badan, kepala dan semuanya harus diolah dengan betul. Kerana setiap satu itu ada makna, ada ceritanya dan perlu ada finesse.
 
Dan saya difahamkan kamu mula minat menari selepas ibu kamu menghantar kamu ke kelas balet?
Ya benar. Masa itu masih bersekolah dan ibu pula menghantar saya ke kelas balet. Terus terang mula-mulanya saya banyak main-main. Tidak serius. Tetapi kemudiannya bila saya menceburkan diri dalam figure skating, pesan jurulatih saya masa itu adalah, saya perlu ‘master’ dalam tarian terutamanya balet. Langsung, saya betul-betul serius belajar balet dan lama-kelamaan minat itu menebal sehingga kini.
 
Baik, kita cakap fasal lelaki pula.
Oh, kamu mahu bertanya lelaki adalah …? Haha! Lelaki adalah… interesting. Kerana mereka memiliki satu fiil ini di mana mereka hanya mahu mendengar perkara tertentu sahaja. Pelik dan ada bagusnya juga. Haha!
 
Jika kamu didekati lelaki yang kamu kurang suka, apakah tindakannya? Berkasar atau berlembut dengannya?
Saya akan berlembutlah. Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan. Melainkan dia melibatkan fizikal. Yang itu saya harus bertindak kasar.
 
Perkara normal yang lelaki buat tetapi kamu rasa ianya seksi?
Saya suka bila lelaki selepas kerja seharian, memakai kemeja kerjanya dan melipat lengan kemeja itu. Ya, ada sesuatu tentang lelaki melipat lengan kemejanya yang nampak seksi. Barangkali kerana gesture itu.
 
Tiga selebriti lelaki yang Didi mahu bertemu dan berkongsi perihal seni bersama :
James Franco – Sebab dia banyak melibatkan diri dalam teater dan filem indie. So interesting.
Obama – Dia nampak kelakar, relaks dan bijak memimpin.
Idris Elba – Dia seksi! Saya boleh bercakap tentang apa pun, walaupun bukan hal seni dengannya.
 
*Rujukan GL Mac 2016
 
 
 

See also
KL's 'Survival Guide' To Be Stylish