Use your ← → (arrow) keys to browse
Dan Yang Utama: Layering Klasik Dengan Cetakan Bergaya Untuk Anda!
Penampilan stylish dihasilkan dengan helah layering yang kreatif dipadankan dengan helaian statement yang berani. Tonjolkan dirimu dengan memilih potongan bergaya dengan menggabungkan item unik daripada koleksi Musim Luruh Marks & Spencer.
Salah satu tip dalam layering adalah dengan memastikan pakaian asas anda berkualiti ringan. Jika cuaca lebih panas dari kebiasaan atau pejabat tidak berapa sejuk, ia akan membuatkan anda berasa selesa bila menanggalkan lapisan luar.
Jika anda gemarkan fesyen lebih santai, jangan takut untuk bermain dengan cetakan, warna dan tekstur kala anda menambah lapisan pada tubuhmu. Gabungan cetakan, warna dan tekstur akan membuatkan anda kelihatan bergaya sepanjang musim ini!