Use your ← → (arrow) keys to browse
Segarkan gaya hidupmu dengan helah layering bersama himpunan pakaian dan dekorasi kediaman daripada koleksi musim luruh Marks & Spencer!
Ini masanya untuk anda bersedia menanti cuaca sejuk namun masih tampil stylish walaupun memakai beberapa lapis pakaian ditambah aksesori nan bergaya. Lapiskan baju-T dan seluar jeans dengan beberapa helaian yang tidak dijangka yang semestinya sempurna pada tubuhmu kala melancong ke negara sejuk. Gaya kontemporari dengan potongan yang mudah digaya dan dilapis sesuai buat gaya kasual setiap hari kepada penampilan bermusim yang elegan yang menyerlahkan gaya ke mana sahaja anda mengembara!
Kini anda boleh memiliki almari pakaian serba lengkap dengan kualiti yang hebat. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda helaian segar di dalam almari pakaian anda dan seisi keluarga. Daripada padanan mengikut musim yang berkualiti sehinggalah kepada pakaian basic setiap hari, Marks & Spencer menawarkan koleksi yang lebih baik daripada yang sebelumnya.