Skarf Hermès Diangkat Sebagai Lambang Kemewahan

Skarf Hermès Diangkat Sebagai Lambang Kemewahan

Rumah fesyen Hermès kini menghampiri usia 200 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1837, namun kuasa dan pengaruhnya sebagai sebuah jenama mewah tidak pernah pudar daripada industri fesyen yang pesat ini. Berpaksikan kemewahan dan glamor, antara item Hermès yang menjadi kegemaran ramai adalah skarf mereka yang kini dianggap sebagai simbol kemewahan seseorang.

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Segalanya bermula 100 tahun selepas Hermès mencipta nama mereka dengan kelahiran skarf 'Omnibus' a.k.a Carré Hermès sebagai rekaan skarf pertama mereka untuk ditawarkan kepada dunia fesyen. Memakan masa hampir dua tahun untuk disempurnakan, skarf ini memberikan tumpuan terperinci kepada grafik, ukiran, pewarna, rolling, hingga ke pembungkusan dan penghantaran ke stor di Lyon. Proses penghasilan yang rumit dan teliti ini juga merangkumi penghasilan 10 rona berbeza daripada 40 'ibu warna' dan juga 70 ribu palet warna. Ini juga bermakna setiap silk screen yang diukir harus dibuat secara berasingan dan boleh memakan masa hampir 500 ke 800 jam secara keseluruhan.

 
[envira-gallery id="82167"]

Bersempena dengan kelahiran GLAM Hijab isu pertama, GLAM kongsikan tiga tips berguna untuk anda menggayakan skarf Hermès anda:

3 of 3

3. Sutera VS Sutera

GLAM Hijab Isu ’18

Rekaan corak dan warna skarf Hermès yang cukup indah ini perlu ditonjolkan bersendirian. Hanya melipat skarf kepada bentuk segi tiga untuk menutup kepala (seperti halaman fashion spread). Gandingkan dengan dress longgar sutera berkilat rona senada untuk dijadikan peneman gaya malam yang mewah. Barangan kemas batu permata mewah bagi menambah seri malam.