Skarf Hermès Diangkat Sebagai Lambang Kemewahan

Skarf Hermès Diangkat Sebagai Lambang Kemewahan

Rumah fesyen Hermès kini menghampiri usia 200 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1837, namun kuasa dan pengaruhnya sebagai sebuah jenama mewah tidak pernah pudar daripada industri fesyen yang pesat ini. Berpaksikan kemewahan dan glamor, antara item Hermès yang menjadi kegemaran ramai adalah skarf mereka yang kini dianggap sebagai simbol kemewahan seseorang.

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Segalanya bermula 100 tahun selepas Hermès mencipta nama mereka dengan kelahiran skarf ‘Omnibus’ a.k.a Carré Hermès sebagai rekaan skarf pertama mereka untuk ditawarkan kepada dunia fesyen. Memakan masa hampir dua tahun untuk disempurnakan, skarf ini memberikan tumpuan terperinci kepada grafik, ukiran, pewarna, rolling, hingga ke pembungkusan dan penghantaran ke stor di Lyon. Proses penghasilan yang rumit dan teliti ini juga merangkumi penghasilan 10 rona berbeza daripada 40 ‘ibu warna’ dan juga 70 ribu palet warna. Ini juga bermakna setiap silk screen yang diukir harus dibuat secara berasingan dan boleh memakan masa hampir 500 ke 800 jam secara keseluruhan.

See also
Victoria Beckham Dianugerahkan OBE Untuk Khidmatnya Dalam Dunia Fesyen Di Istana Buckingham

 
[envira-gallery id=”82167″]

Bersempena dengan kelahiran GLAM Hijab isu pertama, GLAM kongsikan tiga tips berguna untuk anda menggayakan skarf Hermès anda:

1 of 3

1. Item Penyelamat Buat Penggemar Turban

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Selain mengikat skarf sebagai turban, juga boleh dijadikan alternatif bagi menutup leher. Pakai selendang rona polos sebagai asas turban di kepala. Kemudian gulung atau lipat (tiga inci) memanjang skarf sutera Hermès, mulakan bahagian pembahagi untuk menutup bahagian ubun-ubun dan tarik hingga bahagian belakang leher. Pusing kedua ekor kiri dan kanan untuk dikemaskan bagi menutup bahagian leher anda. Sematan kerongsang berlian sebagai pemanis.