Use your ← → (arrow) keys to browse
Halima Aden
Siapa sahaja yang tidak kenal akan si cantik berkulit hitam manis ini. Merupakan salah seorang model fesyen Somalia-Amerika yang berhijab. Juga, terkenal sebagai model berhijab dan pertama kali menerima pengiktirafan pada 2016 kerana menjadi wanita pertama memakai tudung dalam pertandingan Miss Minnesota USA, di mana dia berjaya hingga ke separuh akhir. Model hijabi ini juga mahu menjadi contoh teladan yang baik untuk semua wanita Islam, termasuk wanita yang bergelut untuk memakai tudung. Melihat dari sudut pengayaan fesyennya yang mempunyai semua asas buat wanita muslimah.