5 Ikon Fesyen Modest Dari Timur Tengah Wajib Follow - Glam Malaysia
Modest

5 Ikon Fesyen Modest Dari Timur Tengah Wajib Follow

Fesyen modest bukan sekadar menutup aurat, tetapi ia telah berkembang menjadi ekspresi gaya yang unik, moden, dan penuh karakter. Di era digital ini, beberapa ikon fesyen Muslimah telah mencipta identiti tersendiri. Dari padanan avant-garde hingga gabungan elemen klasik dan streetwear.
Untuk wanita Malaysia yang mencari inspirasi gaya modest, berikut adalah lima ikon fesyen modest yang berjaya membawa trend ini ke peringkat global.

1. FATMA HUSAM: MODEST DENGAN SENTUHAN AVANT-GARDE

📸 @fatmaa

Sebagai pencinta fesyen mewah, Fatma Husam dari Emiriah Arab Bersatu sering menjadi wajah utama koleksi kapsul Ramadan daripada jenama terkemuka seperti Fendi dan Tiffany & Co.. Gaya modest yang diketengahkannya menampilkan gabungan potongan asimetri, fabrik bertekstur, dan aksesori bold—menjadikannya salah satu ikon yang paling inovatif dalam fesyen tertutup. Sama ada bermain dengan palet monokrom atau rona pastel lembut, Fatma tahu bagaimana memberi nafas segar kepada abaya klasik.

2. YARA ALNAMLAH: PERPADUAN BUDAYA DAN GAYA MODEN

Modest

📸 @yaraalnamlah

See also
GLAM Hijab: Neelofa

Pempengaruh dari Arab Saudi ini tidak hanya dikenali sebagai content creator, tetapi juga seorang usahawan di sebalik jenama Moonglaze dan Treat Salon. Yara memadukan siluet longgar seperti kaftan dengan blazer berstruktur, mencipta keseimbangan antara kemewahan klasik dan gaya urban moden. Jika anda mencari inspirasi untuk gaya modest dengan sentuhan power dressing, Yara Alnamlah adalah rujukan terbaik.

3. SOHA TAHA: STREETWEAR MODEST PENUH KARAKTER

Modest

📸 @sohamt

Berasal dari Mesir dan menetap di UAE, Soha Taha membawakan modest fashion dengan suntikan street style yang bold dan edgy. Bayangkan gabungan bomber jacket, culottes longgar, dan but paras lutut—semuanya diharmonikan dengan hijab berstruktur dan balaclava sleek. Bagi mereka yang mahu menampilkan gaya berani sambil kekal sopan, Soha membuktikan bahawa modest wear tidak perlu terhad kepada potongan konvensional.

4. KHOLOUD AL ALI: SENI  DALAM SATU GAYA

📸 @kholoud_alali

Jika anda gemarkan fesyen dengan sentuhan artistik, Kholoud Al Ali adalah nama yang perlu anda ikuti. Gayanya elegan tetapi berjiwa seni, memadukan palet warna neutral dengan siluet longgar yang kontemporari. Sebagai pencipta kandungan dari UAE, Kholoud sering menampilkan fesyen modest dengan perspektif yang lebih artistik dan minimalis—sesuai untuk mereka yang mahukan gaya chic tanpa perlu berlebihan.

See also
Modesty Fashion: 5 Hijabis Antarabangsa Boleh Dijadikan Inspirasi

5. LEENA AL GHOUTI: MONOCHROME QUEEN TRENDSETTER

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leena Ha (@leenalghouti)

📸 @leenalghouti

Leena Al Ghouti adalah ikon modest streetwear dengan estetika monochrome. Gayanya sering menampilkan potongan oversized, layering yang unik, serta palet warna hitam, putih, dan nude. Sebagai usahawan dan pencipta kandungan, Leena membuktikan bahawa kesederhanaan boleh menjadi statement dalam fesyen modest. Jika anda mahukan inspirasi gaya modest minimalis tetapi tetap bold, Leena adalah individu yang patut anda ikuti.

ARTIKEL BERKAITAN: