UMMI NAZEERA - Glam Malaysia

UMMI NAZEERA

Saya telah agak lama mengenali Ummi sebenarnya tetapi kami tidaklah terlalu rapat. Dari ketika sebelum dia melanjutkan pelajaran di Australia lagi atas urusan kerja juga ketika itu dia sering hadir ke majlis-majlis di ibu kota. Kisah penghijrahannya yang berlaku di seberang laut sebenarnya sempat mencuri perhatian industry sebentar. Usai menamatkan pengajian dia lantas pulang dan kembali beraksi dengan gaya yang tersendiri namun masih cuba untuk kekal relevan dalam kehendak hari ini.  “Sekarang saya sedang sibuk menguruskan perniagaan.

Jika sebelum ini saya memiliki perniagaan berasaskan kecantikan yang dinamakan Nazeera Beauty, kini segalanya sedang dalam perancangan semula kerana selepas Nazeera Beauty saya turut mengendalikan perniagaan Nazeera by Ummi Nazeera yang berpaksikan muslimah wear yakni tudung dan telekung. Jadi nantikan bagaimana arah dan tujuan perniagaan ini kelak. Menyentuh mengenai aktiviti seni, saya baru sahaja menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment. Ia merupakan syarikat di bawah subsidiari Astro.” Kebetulan pula ketika artikel ini ditulis, Ummi dengan membintangi salah satu drama radio yang berkumandang sempena Ramadhan. Untuk memastikan perjalan karier yang lancar dia percaya kepada  perlunya memiliki kumpulan pengurusan yang baik. “Saya tidak mampu untuk melakukan segalanya sendirian, oleh kerana itulah saya memilih untuk membesarkan lagi jenama yang saya miliki berbanding hanya untuk fokus pada satu-satu produk. Sejujurnya saya mahukan ia fous kepada muslimah fashion in general. I like it. It’s me, something like what i wear. Bermula sekitar Ogos tahun lalu, ia merupakan suatu perjalanan yang menggembirakan.”

DRESS WOOL BLEND LABUH BERCETAK HARIMAU GUCCI BERSAMA RANTAI BERTINGKAT SWAROVSKI.

Umum mengetahui kisah penghijrahan Ummi yang terjadi ketika dia masih menuntut di Australia. Oleh itu, ketika baru sahaja pulang ke Malaysia, dia memilih untuk tidak menerima sebarang tawaran terlebih dahulu. Ini kerana dia tidak pasti mengenai arah perjalanan kariernya ketika itu. Tambahan pula sebelum melanjutkan pelajaran, dia antara nama yang hangat diperkatakan menerusi lakonan dalam drama dan filem antaranya Nur Kasih, Hikayat Merong Mahawangsa dan beberapa lagi judul yang terkenal. Pilihan antara dunia perniagaan dan dunia lakonan menjadikan dia nahu membuat keputusan yang tepat. “Suatu hari saya bertanya mengenai persoalan ini kepada seorang ahli agama or scholars yang memberikan panduan dan tunjuk ajar. Kini saya yakin dengan pilihan yang saya lakukan. Ketika itu banyak yang berlegar di dalam minda dan hati ini mengenai penampilan baru sama ada saya akan kekal memilih imej ini untuk selamanya. Penampilan kembali dalam dunia seni bermula dengan tawaran oleh Fara Fauzana untuk mengacarakan rancangan Nona bersamanya. Saya percaya dunia in merupakan sebahagian dari diri saya sebenarnya. Perjalanan untuk karier ini masih panjang. Banyak lagi yang ingin saya gapai kerana saya merasakan saya belum mencapai tahap yang saya idamkan. Ia merupakan suatu perjalanan dan kita haruslah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkannya. Dalam masa yang sama saya dapat merasakan perjalanan karier mempunyai perkembangannya tersendiri. Dalam dunia lakonan, kebanyakkan watak yang ingin saya cuba telah berjaya bawakan. Amanat ibu yang saya pegang dalam dunia kerjaya adalah ‘Never stop working’ semestinya itulah yang akan saya perjuangkan,” bilang Ummi menutup bicara.

See also
Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman

Teks SHAHRIL HADI HALIM Penyelaras & Penata Gaya YONG SUFIA Penata Hijab & Arahan Seni IERA NADZLIM dibantu oleh AMIRUL ARIFIN Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO Solekan YSL BEAUTY Aksesori SWAROVSKI