Cate Blanchett Ratu Ulang Baju di Permaidani Merah

Cate Blanchett Tidak Takut Ulang Baju Di Permaidani Merah

Cate Blanchett menunjukkan nilai murninya dalam memupuk kesedaran kepada selebriti untuk tidak gentar ulang busana agar mampu menjaga kelestarian alam sekitar.

Mungkin tidak semua selebriti yang mempunyai idea yang sama dengan Cate Blanchett. Kerana dia sahaja yang berani untuk menyarungkan semula himpunan busana daripada arkib simpanannya. Mengapa perlu gayakan sekali sahaja jika gaya itu cukup sempurna? Belajar dengan Cate Blanchett untuk tampil gah dengan momen reworn fashion momen yang lalu.

Tidak mungkin pelakon hebat ini kekurangan baju, tetapi dia tahu pentingnya dalam memupuk dan mengajar orang ramai yang menyarungkan semula baju lama tidak punya salahnya. Disokong pula oleh penata gaya peribadinya, Elizabeth Stewart yang pernah mengeluarkan kenyataan yakni "It's chic to repeat".

GLAM sangat setuju dengan usaha murni yang cuba disemai oleh Blanchett. Kerana ia sedikit sebanyak mampu mewujudkan masa hadapan yang lebih hijau. Tidak terbiar baju cantik dalam dalam gerobok, hanya mengumpul debu semata-mata. Ini adalah momen reworn fashion Cate Blanchett di permaidani merah.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

BAFTA Awards 2016, Venice Film Festival 2020

Top tenun paling indah digayakan dengan skirt bulu label Alexander McQueen ini tidak mungkin dibiarkannya pakai hanya sekali. Setelah muncul pada 2016, empat tahun kemudiannya Blanchett memilih untuk memperagakan top unik ini bersama celana wide-leg pula. kedua-dua gaya kekal chic!