GLAM Deko April 2020 – Edisi 63
MEMORI RAYA – Edisi 63 menampilkan paparan sarat idea, panduan dan tip. Ilham berkisar penataan ruang makan buat menyuntik mood lebaran yang bakal tiba terasa lebih meriah dan indah. Himpunan pinggan mangkuk, balang dan bekas kuih raya serta gubahan bunga segar, selain menu ringkas namun enak seleksi kuih dan biskut raya berkonsep tradisi urban. Ruangan fokus berkongsi panduan makeover ruang bersama pereka dan pengasas Joy Design Studio; Sheikh Azrul Nasimuddin dan Siti Hawa Ismail dari Laurea Home Furnishings. Istimewa menu lebaran daripada selebriti Chef Ili Sulaiman berkongsi sajian pilihan bersama keluarga tersayang.
0 Comments