Wajah Tengku Puteri Afzan Glowing Hanya Dengan Produk Kecantikan Ini!
Berlangsungnya Istiadat Persandingan Diraja baru-baru ini, Tengku Puteri Afzan sememangnya kelihatan cukup menawan. Ditatarias oleh jurusolek Rozlan Nassir, GBC kongsikan senarai produk yang diguna pakai oleh Tengku Puteri Afzan ketika persandingannya untuk wajah yang glowing!
Pada tanggal 22 Ogos 2024 yang lalu, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan FD Idzham FD Iskandar. Tidak dapat dinafikan, Istiadat Persandingan Diraja ini sememangnya mencuri tumpuan ramai dengan aura kejelitaan Tengku Puteri Afzan di hari bahagianya. GLAM Beauty Club secara eksklusif menemu bual jurusolek Rozlan Nassir di mana dia berkongsi rahsia akan produk solekan yang digunakan pada sentuhan solekannya.

GBC Kongsi Produk Kecantikan Sentuhan Wajah Glowing Pada Tengku Puteri Afzan
1. Bobbi Brown Vitamin Enriched Smoothing Serum

Dikenali sebagai seorang yang lebih gemar akan penjagaan kulitnya, Tengku Puteri Afzan ditatarias dengan barisan produk kecantikan daripada Bobbi Brown. Rozlan Nassir memulakan langkah prepping skin sebelum memulakan solekan untuk memastikan wajahnya kelihatan glowing sepanjang majlis istiadat sandingnya. Pemilihan Vitamin Enriched Smoothing Serum oleh jenama Bobbi Brown lantas menjadi karakter utama dalam proses solekan ini. Ia merupakan pati serum susu yang cepat menyerap dan bertekstur ringan. Bukan sahaja dapat melembapkan kulit, tetapi turut menggebukan kulit yang mana memudahkan proses bersolek. Sementara itu, kandungan bahan dengan bau sitrus kuat daripada buah anggur dan Minyak Geranium nyata memberi kesegaran pada wajah.
2. Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base – Moisturizer and Primer

Selain itu, penggunaan pelembap muka sekali gus primer Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base turut diguna pakai pada sentuhan solekan oleh Rozlan Nassir. Ia merupakan produk yang sangat bagus dalam langkah prepping skin untuk mendapatkan proses solekan yang cantik dan halus. Ini kerana rormulanya yang menggabungkan kuasa pelembab mentega shea dengan vitamin B, C dan E nyata membantu memberi penghidratan yang tinggi serta melembutkan kulit. Wangian limau gedang dan geranium pula meninggalkan bau yang segar dan ringan.
3. Bobbi Brown Extra Lip Serum

Tidak menggunakan banyak solekan mata, namun solekan bibir pula menjadi penambah seri buat solekan Tengku Puteri Afzan. Rozlan Nassir memulakan solekan bibir dengan meletakkan serum bibir Bobbi Brown dalam kod ‘Bare Pink’ yang dibiarkan selama dua jam. Ia adalah perapi bibir yang dikuasakan oleh Extra Plump Complex dan secara eksklusif memberi kelembapan serta-merta. Serum bibir ini menggabungkan enam minyak botani di mana dapat melicinkan penampilan garis-garis halus, cukup sesuai dipakai sebelum mencalitkan gincu.
4. Charlotte Tilbury kod Kidman’s Kiss

Senyuman manis Tengku Puteri Afzan di hari persandingannya dilakar dengan solekan gincu Charlotte Tilbury kod Kidman’s Kiss. Gincu dengan kemasan matte berona kelopak mawar merah jambu ini melengkapkan solekan sentuhan Rozlan Nassir yang cukup menawan. Ia mempunyai tekstur pigmen bersinar 3D serta ekstrak orkid yang menenangkan, lantas memberi hasil kilauan yang mempersona tanpa mengeringkan bibir. Buat mereka yang menginginkan solekan malar dan glowing seperti Tengku Puteri Afzan, ini adalah pilihan solekan di hari persandingannya!
Artikel Berkaitan: GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Rozlan Nassir, Dedah Guna 3 Produk Untuk Tengku Puteri Afzan Di Majlis Sanding Diraja!
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

