Wajah Semakin V-Shape Dalam Masa Seminggu? Rawatan Oligio Pilihan GBC Untuk Raya Tahun Ini
Teknologi Korea terkini hadir dengan solusi rawatan terbaik untuk mengekalkan kulit tegang dan anjal tanpa downtime.
Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman dijemput untuk mencuba rawatan wajah baharu di Klinik Estetik Astute. Rawatan yang bergelar Oligio ini prosesnya menggunakan Radio Frequency (RF) High Frequency sama teknik dengan Thermage.
Oligio merupakan rawatan wajah dari teknologi Korea yang menggunakan Radio Frequency (RF) High Frequency untuk menegangkan kulit wajah, kurang kendur, membetulkan kembali kontur wajah, meremajakan kulit dan meningkatkan kolagen wajah dengan kadar segera. Sewaktu berada di Klinik Astute, Dr. Jason menerangkan prosedur lengkap mengenai rawatan Oligio.

Seperti kebiasaan rawatan estetik, wajah haruslah dibersihkan sebelum melakukan rawatan agar kulit benar-benar bersih dan bebas mekap. Rawatan ini tidak memerlukan anesthesia kerana Oligio ini hanyalah rawatan non-invasive. Wajah akan disapukan krim kebas wajah dalam tempoh yang ditetapkan. Sebelum itu, pembantu klinik akan bertanyakan adakah anda ada alahan ubat atau sebagainya kerana krim kebas ini ada beberapa jenis mengikut kesesuaian kulit. Untuk saya, saya memilih yang sedikit kuat dan makan ubat tahan sakit kerana saya tidak mahu sepanjang proses rawatan berlangsung tidak selesa.
Rawatan Oligio ini menggunakan frekuensi tinggi 6.78MHz dikatakan mengaktifkan penghasilan kolagen pada lapisan kulit yang lebih dalam iaitu dipanggil dermis. Menurut, Dr. Jason setelah melakukan Oligio, kolagen ini akan membantu kulit kendur menjadi tegang dan kulit garisan halus. Wajah saya, fokus kepada kawasan pipi kerana tampak bulat, dahi dan tepi mata. Kali pertama Dr. Jason meletakkan alatan Oligio pada wajah, dia memulakan dengan tahap kepanasan yang rendah sebelum ditingkatkan mengikut keselesaan saya. Makin panas, makin cepat ia stimulasi kolagen.

Setelah melalui kepanasan, untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan mesin ini mempunyai cooling mode bagi menenangkan kulit yang terasa hangat. Rawatan ini cepat hanya mengambil masa 20 minit dan efeknya tahan selama setahun (bergantung kepada jenis kulit) Selepas dua bulan, anda akan nampak efek yang berbeza dari kulit sebelum rawatan. Menurut Dr. Jason, rawatan Oligio ini boleh dilakukan seawal usia pertengahan 20 tahun apabil anda kesan penuaan mula kelihatan.
Artikel berkaitan GBC Holiday: Ini Sebab Kenapa 7 Advent Calendar 2023 Menjadi Rebutan
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

