Saya Cuba Rona Rambut Berani Khas Untuk GBC Raya Tahun Ini!
Rona Rambut

Saya Cuba Rona Rambut Berani Khas Untuk GBC Raya Tahun Ini!

Saya berpeluang mencuba rawatan mewarna rambut di Portfolio Hair Studio yang terletak di Plaza Batai untuk hasil rona rambut yang lebih fun dan menarik buat Raya tahun ini!

Hanya berbakikan beberapa minggu sahaja lagi bagi menyambut ketibaan Syawal yang mulia, perasan teruja sudah mula membara-bara. Jika ditanya pada kesemua yang di luar sana, sudah semestinya, baju raya menjadi buruan pertama yang dicari-cari sepanjang bulan puasa ini. 

Lain pula jika ditanyakan pada saya, perkara pertama yang saya sibukkan sudah tentu tentang penjagaan diri. Sudah berfikir gaya solekan dan rambut bagaimana hendak saya gayakan pada hari raya pertama nanti! Over kan? Akan tetapi itulah saya, saya sibuk ke Sephora dan butik-butik kecantikan yang lain hanya untuk mendapatkan alat solek terkini. 

Almaklumlah, menjadi seorang wanita yang amat mementingkan kecantikan ini amat terserlah di dalam diri saya. Misi saya tahun ini adalah untuk memastikan solekan kekal lama sepanjang hari dan kemudian saya mahu mengubah rona rambut saya untuk Raya kali ini. 

See also
Makeover Hari Raya Aidiladha, Gaya & Warna Rambut Baru MetaMorph!

Baru-baru ini, saya dihubungi oleh teman lama, William Wong, yang juga pemilik salun rambut terbaru di Plaza Batai. Mereka ingin saya mencuba servis terkini pewarnaan rambut mereka. Jika sebelum ini juga saya pernah mendapatkan servis magis tangan William yang amat memuaskan hati saya, sudah tentu saya bersetuju dengan tawarannya itu! 

Setibanya saya di sana, saya disambut mesra oleh William sendiri bersama teman-teman pengasas bersama Portfolio Hair Studio iaitu Junn Ng dan Edwin Chong. Bagaikan mimpi dapat berkerjasama bersama dream team ini! 

Mereka meneliti rambut saya yang cukup kering akibat proses meluntur yang pernah saya lakukan sebelum ini. Cadangan mereka untuk memberikan saya potongan rambut yang lebih segar kemudian mencuba rona rambut lebih bold dan terkini yang turut dihighlightkan di dalam kempen mereka baru-baru ini. 

Kempen Edisi Elements 2.0 daripada Portfolio Hair Studio

rona rambut

Saya bersama Junn Ng

Kempen Elements 2.0 istimewa daripada salun ini diperkenalkan bagi meraikan rona rambut menyerlah tampak cukup kaya dan harmoni dalam keseimbangan gaya rambut. Rona yang dimaksudkan mereka adalah tona daripada palet coklat walnut gelap, ceri hangat, burnt umber dan rona ‘ungu digital’. 

See also
GLAM Lebaran 2025: Trend Paling Popular Tahun Ini

Tujuan utama rona rambut ini diketengahkan pada kempen mereka kal ini adalah untuk menyampaikan misi menyatukan gaya sleek dan rambut sinar dengan mencipta visual yang mampu merakam esen gaya moden mewah hari ini. Bukan itu sahaja, konsep ini ternyata diinspirasikan daripada kesenian arkitektur Zaha Hadid yang popular dengan signatur bentuk geometri lengkung halus sesuatu bangunan itu. 

Hasil Rambut Saya Amat Memuaskan

rona rambut

Hasil rambut sebelum dan selepas

Saya amat berpuas hati, rona rambut yang begitu menyerlah dan hanya dihighlightkan pada hujung rambut memberikan definisi yang berbeza berbanding sebelumnya. Dengan mainan rona rambut daripada rangkaian L’Oreal Professionnel Paris yang juga merupakan rangkaian kegemaran saya ini langsung tidak mengecewakan. Hasil rambut bukan sahaja tampil terserlah malah rambut saya kekal lembut selepas diwarnakan! Manakala, potongan yang cukup popular dan belum pernah saya gayakan sebelum ini iaitu gaya rambut wolf cut ternyata ‘kena’ dengan wajah saya dan memberikan sedikit sentuhan gaya edgy pada keseluruhan penampilan saya. I love it! 

Buat anda yang inginkan rambut baru, bolehlah berkunjung ke salon mereka yang bertempat di Lot 8-3-1, Ground Floor, Plaza Batai, Jalan Batai, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur!

See also
5 Tips Glow Up Sebelum Lebaran