5 Pelembab Bibir Yang Anda Perlu Cuba
Seperti yang kita tahu, cuasa dan iklim panas di Malaysia boleh menyebabkan bibir anda kering. Kepentingan pemakaian pelembab bibir tidak boleh disangkalkan kerana ia berperanan untuk melindungi dan melembabkan kulit bibir yang kering dan sensitif. Sebolehnya penggunaan pelembab bibir perlu dijadikan sebahagian daripada rutin penjagaan kulit mana-mana individu.
Memilih pelembab bibir yang sempurna perlu mengikut beberapa faktor. Pertama sekali, periksa senarai bahan. Pilih bahan semula jadi yang menawarkan hidrasi yang mendalam tanpa menggunakan bahan kimia. Elakkan produk yang mengandungi petroleum jelly kerana ia mungkin mencipta penghalang tanpa melembabkan bibir dengan sempurna.
Selain itu, anda perlu memberikan perhatian kepada perlindungan SPF. Pelembab bibir dengan SPF bertindak sebagai pertahanan yang penting terhadap sinaran UV dan melindungi daripada sunburn dan penuaan pramatang. Cari SPF minimum SPF15 untuk perlindungan yang mencukupi, terutama jika anda banyak berada di luar.
Tekstur juga merupakan aspek penting yang anda perlu pertimbangkan. Pelembab bibir datang dalam pelbagai konsistensi, jadi pilih tekstur yang sesuai dan selesa untuk bibir anda. Secara tidak langsung, tekstur yang sesuai akan menyediakan tahap kelembapan yang anda perlukan.
Pada masa yang sama, rasa dan bau pelembab bibir juga penting. Walaupun ia tidak memberi kesan, rasa atau bau yang menyenangkan boleh memberikan pengalaman yang selesa. Namun, anda perlu berhati-hati dengan bau tiruan kerana ia mungkin menyebabkan iritasi.
Ini Ialah 5 Pelembab Bibir Yang Anda Perlu Cuba
1. Laneige Lip Sleeping Mask EX Berry

Foto: Laneige Malaysia
Pada waktu malam, anda boleh menggunakan lip sleeping mask yang berfungsi untuk melembabkan bibir ultra-kering dengan penghidratan yang kuat semalaman. Lip sleeping mask yang harum manis ini menanggalkan sel kulit mati sambil menghidratkan bibir dengan ekstrak beri, antioksidan dan hyaluronic acid supaya bibir anda anjal dan licin pada waktu anda bangun.
2. Tatcha Camellia Goldspun Lip Balm

Foto: Sephora Malaysia
Tatcha juga menampilkan pelembab bibir yang sangat menghidratkan dan kaya dengan Camellia Oil yang menyerap dengan cepat, menjadikan bibir lembut dan boleh disentuh dengan sedikit kilauan keemasan 23-karat.
3. CHANEL N°1 De Lip And Cheek Balm

Foto: CHANEL
Diperkaya dengan red camellia oil, lip and cheek balm daripada N°1 DE CHANEL menawarkan penghidratan dan keselesaan yang berpanjangan. Formulanya mengandungi 86% bahan yang diperoleh secara semula jadi dan mampu menggebukan bibir dan pipi.
4. Rhode Peptide Lip Treatment

Foto: Rhode
Siapa tidak kenal, jenama Rhode yang terkenal dengan lip treatment ini mampu memulihkan bibir dengan gebu dan lembut secara semulajadi. Anda juga boleh memakainya pada waktu siang atau malam. Formula ini menjadikan bibir kelihatan berkilat dan menyihatkan bibir yang kering.
5. Ultra Violette Sheen Screen™ SPF50 Lip Balm

Foto: Ultra Violette
Formula SPF50 yang berkhasiat dan berperanan sebagai lapisan harian terbaik untuk bibir. Anda akan mendapatkan warna berkilat, penghidratan dan perlindungan dalam satu produk. Dengan aplikator yang selesa di bibir, bau pudina segar dan enam warna yang sangat cantik, anda pasti mahu menyimpan Sheen Screen™️ dalam setiap beg tangan.
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

