GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Edisi GLAM Beauty Club - Glam Malaysia
GLAM The Best of Beauty 2025: Edisi GLAM Beauty Club

GLAM THE BEST OF BEAUTY 2025: Edisi GLAM Beauty Club

1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Merungkai barisan produk kecantikan terbaik 2025, GLAM The Best of Beauty 2025 memperkenalkan 10 kategori terbaik khas untuk edisi GLAM Beauty Club.

Buat julung kalinya, GLAM tampilkan The Best of Beauty setelah sekian lama. The Best of Beauty atau lebih dikenali sebagai Beauty Awards adalah satu inisiatif dan peranan penting dalam industri kecantikan demin mengiktirafkan produk atau rawatan kecantikan terbaik. Barulah anda tahu, yang manakah produk terbaik di pasaran.

Tahun ini, GLAM The Best of Beauty ditampilkan agak berbeza daripada kebiasaan Beauty Awards. Kami memilih lima barisan juri yang terdiri daripada ahli GLAM Beauty Club untuk bersama menilai dan menguji pelbagai produk kecantikan premium di pasaran.

Proses penelitian setiap 10 kategori memakan masa berbulan dan akhirnya membawa kepada produk yang benar-benar layak yang dinobatkan sebagai pemenang untuk setiap kategori. Setiap produk diuji secara menyeluruh, dari tekstur hingga keberkesanannya, dari pembungkusan hingga ke pengalaman peribadi. Dari puluhan produk yang dinominasikan yang melalui proses saringan, kini keputusan terakhir sudah tersedia.

See also
Editor GBC Mencuba 5 Produk Korea "Viral" Untuk Anda!

Terokai senarai lengkap pemenang GLAM The Best of Beauty 2025 yang dipilih bersama sidang editorial dan ahli GLAM Beauty Club yang bakal mengubah rutin penjagaan diri anda.

1. Best Signature Product of All Time : CHANEL COCO MADEMOISELLE

Meraih sokongan majoriti, kerana keunikan aroma ikoniknya yang elegan CHANEL COCO MADEMOISELLE dinobatkan sebagai pemenang kategori Best Signature Product of All Time. Gabungan intipati bunga Jasmin yang diimbangi dengan sempurna nota Patchouli membangkitkan keyakinan diri.

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan