GBC Tanya Jane Chuck Sempena Produk Chuck’s Better Body Butter
Rangkaian label penjagaan kulit Chuck’s terus mengembangkan sayapnya di dunia kecantikan. Di mana, jenama ini baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka iaitu ‘Chuck’s Better Body Butter’. GBC sempat menemu bual pengasas jenama ini bersempena pelancaran produk terbaru mereka.
Chuck’s baru sahaja melancarkan produk terkini mereka Chuck’s Better Body Butter yang merupakan satu item penjagaan kulit sesuai buat mereka yang ingin melembapkan kulit. Walau mendapat idea ketika hamil, produk ini juga sangat sesuai buat mereka yang ingin mengurangkan stretch marks atau parut sambil memberi penghidratan pada kulit. Gabungan empat jenis bahan seperti olive oil, lavender oil, sunflower oil serta 9 peptide complex, dirumus bersama menjadi satu item yang sungguh menghidratkan!

Temu Bual Bersama Jane Chuck, Pengasas ‘Chuck’s Better Body Butter’
1. Apakah inspirasi disebalik produk Chuck’s Better Body Butter?
Inspirasi disebalik Chuck’s Better Body Butter Stick adalah sebenarnya diri saya sendiri. Saya baru sahaja menjadi ibu dan saya tersedar bahawa ianya merupakan satu produk yang boleh saya bawa keluar. Terutamanya apabila ingin menghidratkan perut dan ini merupakan satu produk yang menjadi satu idea di minda. Oleh itu, kami melancarkan produk ini.

2. Apakah keistimewaan produk terbaru ini?
Keistimewaan produk terbaru ini adalah anda boleh membawa ianya ke mana sahaja. Dalam pada itu, ianya sukar untuk mencari di pasaran terkini yang mempunyai aplikasi seperti produk kami.
3. Apakah jenis kulit yang sesuai untuk menggunakan produk terbaru Chuck’s ini?
Disebabkan ianya produk yang selamat digunakan untuk orang hamil, bahan yang kamu gunakan adalah semuanya terjamin selamat. Oleh itu, ianya sangat mesra buat semua jenis kulit.

4. Kongsikan tip glowing skin anda sebagai seorang wanita yang hamil.
Tip glowing skin saya ketika hamil ini adalah sentiasa melembapkan kulit anda. Minum air yang secukupnya dan pastikan anda melakukan rutin penjagaan kulit anda juga.
5. Jenama Chuck’s semakin dikenali saban hari, apa yang anda ingin ucapkan buat semua peminat Chuck’s yang menyokong sepanjang perjalanan ini?
Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk sokongan yang berterusan. Ini adalah merupakan cara kami untuk mencipta produk yang lebih baik lagi serta berkhidmat kepada semua orang.

Artikel berkaitan: GLAM Lebaran: 5 Toner Terbaik Untuk Atasi Kulit Kering
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.

