Raisa Dan GBC Bertemu Di Lancôme Skin Science Club
Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa hadir kali kedua di Kuala Lumpur dan dia terinspirasi Trik Kecantikan tempatan, sehingga dia terkesima!

Ini bukanlah kali pertama saya bersua-muka dengan Raisa! Kali kedua kebarangkalian. Terima kasih Lancome Malaysia dan Singapura yang menjayakan acara global terbaik bulan ini. Terima kasih terbangkan Raisa kembali ke Kuala Lumpur. Apa lagi saya ambil peluang untuk menemubual Raisa khas dan secara eksklusif untuk ahli GBC sekalian!
INGIN CANTIK SEPERTI RAISA…
Less is more! Saya bukanlah individu yang gemar memakai produk kosmetik. Tetapi saya tahu apa yang sesuai dengan kulit wajah. Seperti contoh, jika anda mengetahui apa masalah kulit anda pasti anda akan mengatasinya.
DOUBLE CLEANSE ITU RUTIN WAJIB RAISA…
Terpulang kepada individu, tetapi untuk diri saya. Double Cleanse itu sangat berguna untuk kulit wajah saya. Terasa lebih bersih dan buang segala kotoran di wajah. Terutama saat saya membuat konsert jelajah, kulit wajah terdedah dengan mekap yang tebal, kulit berminyak dan peluh. Double cleanse ini sangat membantu. Anda boleh cuba!
JIKA KECEMASAN, 3 PRODUK RAISA SELAMATKAN…
Boleh tak nak selamatkan semua! Hahaha… Aduh semuanya penting tetapi jika harus memilih, saya akan bawa Lancome Genefique, Lancome Absolut Face Cream dan krim tabir suria! Saya tidak sanggup meninggalkan kulit wajah kering dan tidak bermaya. Tiga produk ini penyelamat abadi!
Artikel berkaitan GLAM Beauty Club Berborak Bersama Pelakon Charlie’s Angels, ELLA BALINSKA
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

