Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Timang Cahaya Mata Kedua
Zahirah Macwilson

Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah diucapkan kepada aktres jelita, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang baru saja menerima kehadiran cahaya mata kedua dalam hidup mereka.

Baru-baru ini, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza telah berkongsi berita gembira bahawa puteri sulung mereka yang diberi nama Inara Raisa dilahirkan pada pukul 8.58 malam di Joondalup Health Campus Public & Private Perth, Australia.

Berita baik itu dikongsikan bersama peminatnya menerusi satu hantaran di Instagram. Berkongsi foto keluarga bahagia, pasangan itu menitipkan kesyukuran atas kurniaan terindah dalam hidup mereka.

Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Timang Cahaya Mata Kedua

Zahirah Macwilson

“Alhamdulillah, kami kini berempat. Meraikan puteri kami, Inara Raisa yang dilahirkan ke dunia pada hari Jumaat, 31 Mei pada pukul 8.58 malam. Terima kasih kepada semua atas segala doa dan ucapan. Kami bersyukur. Semoga Allah melindungi dan merahmati Inara,” kata mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Pada April lalu pasangan bahagia itu mendedahkan bakal menimang anak perempuan dengan memuat naik video acara gender reveal yang diadakan di kediaman mereka.

See also
Rihanna Berkongsi Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama

“It’s a baby girl! Alhamdulillah” tulis selebriti berusia 29 tahun itu berserta beberapa emoji. Ibu Zahirah, Maslinda Yusoff turut meluahkan keterujaannya dengan berkongsi video sama di akaun Instagram miliknya. “Gender reveal! It’s a GIRLLL,” tulisnya ringkas.

Rakan Selebriti Meraikan Kegembiraan Zahirah MacWilson & Aiman Hakin Ridza

Perkongsian ini mengundang ucapan tahniah dan komen daripada rakan artis termasuk Scha Al-Yahya, Izara Aishah, Fazura, Datin Elvina Mohamad dan Ameera Khan.

“Aiman! Tahniah! Ya Allah sudah lama tidak berjumpa, saya pasti akan singgah apabila ada kelapangan. Congratulations love @zahirahmacwilson” tulis Sharifah Sakinah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Zahirah mengumumkan berita kehamilan bersama peminat di media sosial pada Disember 2023 sekali gus meluahkan rasa teruja dengan pertambahan ahli keluarga mereka.

Memuat naik video baby bump yang jelas kelihatan, aktres itu juga berkongsi imbasan ultrabunyi. Turut kelihatan butiran terperinci mengenai kandungannya. “Can’t wait for 2024,” tulisnya ringkas.

Aiman turut memuat naik foto imbasan ultrabunyi yang sama termasuk foto isterinya. “2023 is ending can’t wait for 2024. See you number 2. Syukur Alhamdulillah,” titipnya berserta emoji hati.

See also
Blake Lively Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat