Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Disatukan Dalam Tema Songket Klasik - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Disatukan Dalam Tema Songket Klasik

Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Disatukan Dalam Tema Songket Klasik

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penampilan pasangan ini dalam persalinan klasik turut mencuri perhatian. Baju kurung songket hitam yang disarung Zizi merupakan hasil tangan pereka fesyen yang juga rakannya, Shanell Harun.

Selain sulaman benang emas, ia juga sarat dengan perincian manik dan labuci rona serupa. Zizi turut mengenakan sarung tangan renda hitam sebagai penambah seri di hari bahagia.

“Pengantin membuat permintaan untuk menyarung baju paling klasik buat majlis bersejarahnya. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya berkarya. Puas!” tulis Shanell menerusi satu hantaran di Instagram.

Busana itu mendapat pujian ramai peminat termasuk pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini yang menulis komen pada satu lagi hantaran, “Cantik! Good job!”

 

Foto: Bynanaazmanstudio

 

Baca: Di Sebalik Upacara Perkahwinan Intim Lily Collins