Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas beberapa minggu spekulasi percintaan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana meniti bibir peminat, ia kini menemui titik noktah.
Semalam berlangsungnya majlis pernikahan antara pelakon, Yusuf Bahrin dan pilihan hatinya yang juga penyanyi rap, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil di Masjid Usamah Bin Zaid, Kuala Lumpur.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat bergelar isteri sekitar jam 10.40 pagi. Zizi menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin, sirih junjung dan senaskah al-Quran manakala Yusuf pula menerima seutas gelang tangan sebagai balasan.
Majlisa akad nikah ini diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat.