Use your ← → (arrow) keys to browse
Aktor berusia 54 tahun itu nampaknya tidak mengelak daripada bercakap mengenai kontroversi yang berlaku lapan bulan lalu dan baru-baru ini mendedahkan impak tindakannya terhadap penerimaan filem itu.
Apabila ditanya apakah yang ingin dikatakannya kepada penonton yang masih belum bersedia melihat kemunculannya berikutan insiden Oscar, pelakon itu berkata dia memahami dan menghormati keputusan itu.
“Saya benar-benar faham — jika seseorang tidak bersedia, saya benar-benar menghormatinya dan akan memberi mereka lebih ruang. Apa yang saya risaukan adalah pasukan saya.
“Antoine (pengarah) telah melakukan kerja paling hebat sepanjang kerjayanya. Begitu juga dengan mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Saya amat berharap pasukan saya tidak dihukum disebabkan tindakan saya. Pada ketika ini, itulah yang saya usahakan,” katanya.