Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya menulis buku ini untuk memberi penghormatan kepada Viola yang berusia enam tahun, untuk menghormati dirinya, kehidupannya, kegembiraannya, traumanya dan segala yang dilaluinya,” ujarnya.
Finding Me mendedahkan pengalamannya membesar sebagai anak kelima daripada enam beradik yang bergelut dengan kemiskinan, isu perkauman, penderaan seksual, keganasan rumah tangga dan ketagihan alkohol pada usia yang terlalu muda.
Buku itu turut menerima pujian hebat daripada pengarang terkenal, Jazmine Hughes dalam The New York Times Magazine yang diterbitkan pada April 2022.
“Apabila membaca memoirnya, anda faham dari mata datangnya kebolehan bercerita yang dimilikinya. Hanya seseorang yang telah diheret ke dalam emosi mendalam sahaja tahu bagaimana untuk ‘kembali’ ke sana,” tulisnya.