Use your ← → (arrow) keys to browse
Cincin pertunangan yang dianggarkan bernilai RM44 juta itu bukanlah satu-satunya barang kemas sentimental milik Jennifer yang mempunyai kaitan dengan Ben.
Awal bulan lalu, penyanyi itu menggayakan rantai ‘Jennifer & Ben’ yang ditempah khas daripada Jennifer Zeuner. Sebelum ini dia pernah dirakam menyarung rantai dengan tulisan ‘Ben’ dan ‘Mrs.’
Selain berkongsi mesej sentimental di sebalik cincin pertunangan, Jennifer turut mendedahkan penderitaan yang dialaminya selepas berpisah dengan Ben pada 2002 dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan serta kerjayanya.
“Sebaik sahaja kami membatalkan perkahwinan 20 tahun lalu, ia menjadi kesedihan terbesar dalam hidup saya. Sejujurnya saya berasakan hampir mati. Ia membuatkan hidup saya terumbang-ambing sehingga 18 tahun berikutnya,” ujarnya.