Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun Yearwood disahkan positif sebelum ini, suaminya langsung tidak dijangkiti. Malah dia sempat berjenaka kepada Clarkson mengenainya, “Brooks adalah alien dan saya rasa ia telah terbukti.”
Tambahnya, Brooks enggan menjauhkan diri daripadanya setelah dia didiagnos malah memberi sokongan kepadanya sejak hari pertama.
“Saya pujuknya berulang kali, ‘Kamu tidak boleh berada dekat dengan saya, kamu perlu kuarantin di bilik berasingan.’ Namun dia menolak dan menyakinkan akan terus berada di sisi saya.”
Kongsinya lagi, Brooks merupakan penjaga yang sangat hebat dan mengakui dia sendiri tidak mampu menjaga suaminya sebaik itu.
“Saya katakan kepadanya, ‘Jika kamu menghidap Covid-19, saya sama sekali tidak akan tidur sekatil dengan kamu. Saya cintakan kamu, tetapi tidak akan tidur bersama kamu,’” selorohnya.