Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelantun lagu Where Are You Now, Trisha Yearwood mengumumkan dirinya menghidap Covid-19 pada Februari lalu.
Dan kini walaupun telah disahkan negatif, Yearwood mengakui dia masih lagi mengalami kesan jangka panjang virus tersebut.
Ketika menjadi tetamu di The Kelly Clarkson Show minggu lalu, penyanyi ini mendedahkan dia kehilangan deria bau dan rasa sejak mula disahkan menghidap Covid-19 sehingga kini.
Saat pertama dia menyedari situasi itu adalah lima hari selepas didiagnos apabila kopi yang dihulur suaminya, Garth Brooks terasa cair dan tawar. Dan selepas lapan minggu, makan dianggap pengalaman yang cukup berbeza buatnya.