GLAM Kongsi 5 Tip Wellness Untuk Gaya Hidup Sihat Sempurna
Bulan lalu, GLAM telah berkongsi panduan menjalani gaya hidup sihat sempurna dengan menyediakan tip wellness terbaik buat pembaca setia kami!
Buat anda yang masih memikirkan apakah azam tahun baharu untuk tahun 2024 ini, jangan khuatir. Masih belum terlambat. Bahkan, untuk memulakan sesuatu yang baik dan baharu tidak semestinya harus menunggu awal tahun sahaja. Ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Pada bulan yang lalu, kami di GLAM telahpun membina satu minggu khas di mana kami mengajak pembaca GLAM untuk memulakan gaya hidup baharu yang lebih sihat. Kami menyediakan panduan tip wellness terbaik yang boleh diamalkan oleh kita semua. Ayuh lihat perkongsian yang disediakan oleh pasukan GLAM ini.
5 Tip Wellness Mesti Anda Ikuti Untuk Hidup Sihat Sempurna
#1 Definisi Gaya Hidup Sihat
Bersama Pengurus Kandungan Digital GLAM, Amira Azman dan Zahirah Zulkhairi, Penerbit Kandungan Junior GLAM berbicara tentang tip wellness untuk anda semua.
#2 Menikmati Hidangan Vegan di Restoran The Hungry Tapir
Antara restoran terbaik di Lembah Klang untuk anda dan teman-teman berlibur sambil menikmati menu makanan lazat berasaskan vegan.
#3 Pengalaman Holistik di Bali
Bersama Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman, terbang ke Bali, Indonesia dan mencuba rawatan peribadi Saraswati ( Sacred Women Blessing) di The Reretreat, Nirjhara Bali. Rawatan yang berlangsung selama 2 jam ini merangkumi Balinese Massage, Botanical Facial dan lulur badan bersama minyak kelapa dan Moringa.
#4 Tip Wellness Bersama Diane Chia, Pengasas Jenama l1vin.
GLAM menemu bual personaliti Diane Chia dan mendalami rahsia gaya hidup sihat dan sempurna seperti wanita ini.
#5 GLAM Mencuba rawatan Chiropractic!
GLAM berpeluang untuk mencuba sendiri rawatan chiropractic bersama Vicknesh Kandasamy dari The Chiro Hub.